Sunday, April 13, 2014

Resepi ESP yang lebih sedap

'Rasa nak muntah la minum ESP ni.. tak habis2 lagi..tapi kalau minum ni memang rasa kenyang sampai ke petang.'

*antara kome pengguna ESP.Oleh itu, saya ingin kongsikan resepi bagi mudah diminum dengan lebih sedap lagi..
  • ESP + plain water (suam/sejuk)
  • ESP + Fresh Milk
  • ESP + Fresh Milk + kurma 
  • ESP + susu tepung 
  • ESP + Performance Drink Shaklee + Meal Shake Shaklee
  • ESP + Nesvita 3in1
  • ESP + jus twister tropicana
  • ESP + Yogurt drink
  • ESP + Ribena
  • ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga)
  • ESP + Milo/Horlicks
  • ESP + sirap bandung
  • ESP + fresh milk + oat+serbuk koko+madu (ni resipi Dr Muhaya)
Kan banyak tu.sume boleh. cume yang tak boleh,..JANGAN di bancuh dengan air pans. tu je..

Dan ESP ni jugak bukan untuk orang perempuan je malah boleh diminum seisi keluarga selain baby ye. Bagi je kat mereka ni:

1.  Orang yang ingin kekal sihat.

2.  Orang yang lanjut umur, yang tidak upaya kerana kekurangan tenaga.
3.  Kanak-kanak bersekolah
4.  Ibu-ibu mengandung dan menyusu anak
5.  Pesakit yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan
6. Pesakit seperti ulcer perut, jantung, kanser, sakit kulit, rambut gugur, tidak ada selera makan, gastrik,
7. Ahli sukan dan bina badan

Jika berminat, grap it now!...........................................................................................................

Salma binti Faudzi
SID 922186
sms/whatsup 013-4665785

Didik anak rajin menabung

Kata orang melentur buluh biar dari rebungnya. Dalam bab pengurusan kewangan, ibu bapa sepatutnya mendidik anak mengenai wang sejak daripada usia kecil lagi. Ia termasuk tabiat berjimat cermat dan menabung.

Percayalah jika sejak kecil anda sudah mendedahkan anak-anak tentang kepentingan menabung, tabiat tersebut akan sebati dalam diri mereka. Dalam usaha mendidik anak menghargai wang, ibu bapa perlu kreatif. Maklumlah kanak-kanak cepat berasa bosan jika dipaksa. Mereka perlukan sesuatu yang menarik dan menyeronokkan.
Mula-mula, anda mesti memperkenalkan kepada anak-anak apa itu wang. Kanak-kanak pada usia empat tahun ke atas sudah mula memahami apa itu wang. Beritahu mereka tentang kepentingan wang untuk membeli apa-apa barang dan pentingnya menyimpan wang sebagai tabungan.
Mungkin pemikiran kanak-kanak prasekolah masih belum dapat menggambarkan apa tujuan wang disimpan sebagai tabungan. Tetapi mereka menganggap tabiat menyimpan wang dalam tabung adalah sesuatu yang menyeronokkan.
Bunyi duit syiling yang berdenting tatkala dimasukkan ke dalam tabung dianggap satu permainan yang menarik. Tambah menarik apabila mereka berpeluang memilih sendiri jenis dan bentuk tabung yang pelbagai rupa. Jangan terkejut bila mereka asyik meminta duit syiling daripada anda semata-mata hendak memenuhkan tabung mereka.

Penyusuan Susu Bagi Ibu Yang Bekerja

Penyusuan ibu tidak perlu dihentikan walaupun ibu bekerja. Ibu perlu membuat lebih perancangan dan persediaan sebelum mula bekerja. Pekara yang paling penting adalah mempelajari bagaimana caranya untuk memerah susu ibu, mengamalkannya dan melatih bayi untuk mengambil susu itu.
Masa untuk mula memerah susu ibu
Mula belajar memerah dan menyimpan susu ibu 1 hingga 2 minggu sebelum mula bekerja. Lakukan untuk selama 15 hingga 20 minit.
Teknik memerah susu dengan menggunakan tangan (**memang meriah susu kalau guna teknik yang ni)
  • Cuci tangan menggunakan air dan sabun.
  • Lakukan urutan perlahan-lahan pada payu dara ke arah puting atau tuam panas selama beberapa minit sebelum melakukan perahan untuk membantu pengaliran susu.
  • Letakkan ibu jari di areola di bahagian atas puting dan jejari yang lain di bahagian bawah payu dara.
  • Picit payu dara menggunakan ibu jari dan jari-jari pada masa yang sama ke dalam menghala kebahagian dada.
  • Pusing dan perah dari semua arah.
    Lakukan yang sama kepada payu dara yang sebelah dan apabila telah bersedia lakukan semula kepada kedua-dua payu dara.
    Perhatian: Jangan urut dari bahagian atas payu dara.
    Menyimpan susu yang telah diperah.
    • Simpan susu yang telah diperah di dalam bekas kecil, cukup untuk sekali penyusuan.
    • Biarkan seketika susu yang telah diperah untuk menurunkan suhunya, kemudian label bekas sebelum menyimpan ke dalam peti sejuk atau tempat beku.
    • Susu yang telah diperah boleh disimpan pada suhu bilik 26°C selama 4 jam, di dalam peti sejuk untuk 2 hingga 3 hari dan di dalam bahagian sejuk beku (lazimnya peti sejuk yang mempunyai 2 pintu) adalah selama 3 bulan.
    • Bahagian tempat beku bagi peti sejuk 1 pintu adalah tidak sesuai untuk menyimpan susu selama 3 bulan.
    Menyediakan susu yang telah diperah untuk bayi anda.
    • Susu yang telah diperah perlu disuamkan terlebih dahulu sebelum diberi kepada bayi.
    • Susu yang telah dibekukan, perlu dibiarkan cair dengan meletakkannya di dalam peti sejuk selama 6 hingga 8 jam atau dengan cara meletakkan bekas dibawah laluan air paip.
    • Rendamkan bekas susu yang telah diperah ke dalam air suam. Jangan gunakan air yang panas kerana ini akan menyebabkan susu bertukar pekat dan bergentil.
    • Susu yang diperah tidak boleh dimasak atau menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk tujuan memanaskan atau mencairkannya.
    • Suhu susu yang sesuai boleh diuji dengan menitiskannya sedikit dibahagian pergelangan tangan(wrist)
    • Susu yang telah dikeluarkan dari peti sejuk mesti diberi kepada bayi dalam masa 1 jam. Susu yang tidak diminum atau susu yang selebihnya tidak boleh dibekukan semula.
    Mengajar bayi minum susu yang telah diperah.
    • Anda dinasihatkan melatih bayi minum susu yang telah diperah 2 minggu sebelum anda kembali bekerja.
    • Gunakan jadual berikut sebagai panduan:
    Masa Menyusu
    Hari 1 - 3
    Hari 4 - 6
    Hari 7 - 9
    Hari 10 - 13
    Minum Pagi 7.30-9.00 pgSusu yang diperahSusu yang diperahSusu yang diperahSusu yang diperah
    Minum Pagi 10.00-11.30 pgSusu ibuSusu yang diperahSusu yang diperahSusu yang diperah
    Makan Tengahari 12.00 - 1.30 tghSusu ibuSusu ibuSusu yang diperahSusu yang diperah
    Minum Petang 2.00 - 4.00 ptgSusu ibuSusu ibuSusu ibuSusu yang diperah
    Source : Malaysian Breastfeeding Advisory Association
    Hari 1-3 :Penjaga perlu memberikan susu yang diperah kepada bayi hanya pada waktu sarapan pagi. Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu.
    Hari 4-6 :Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu sarapan pagi dan waktu minum pagi Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu pada waktu-waktu yang lain.
    Hari 7-9 :Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu sarapan pagi, waktu minum pagi dan waktu makan tengahari. Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu.
    Hari 10-13 :Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu siang dan ibu susukan bayi dengan susu ibu pada sebelah malam.


Umi halalkan susu yang mengalir dalam setiap tegukan anak-anak umi ni..
Semoga kalian menjadi anak yang soleh solehah..

Alfalfa dan Lecithin untuk Kurus

Gabungan dua vitamin ini iaitAlfalfa dan Lecithin oleh individu yang mempunyai niat untuk pengurusan berat badan malah ibu menyusu sekalipun adalah sangat sesuai. Namun seperkara yang perlu kita tahu tentang dua vitamin ini, pengambilan vitamin ini memerlukan kita minum banyak air. Banyak air yang dimaksudkan bukanlah di minum sekaligus tetapi secara berperingkat atau sedikit-sedikit yang berkadaran dengan masa.

Bagaimana kita nak tahu kita masih kurang air dengan pengambilan vitamin vitamin ini? Sekiranya anda mengambil salah satu dari vitamin ini iaitu Alfalfa ataupun Lecithin atau kedua duanya sekali, maka anda perlu pastikan antara tanda-tanda kekurangan air ialah
  • badan kita ditumbuhi ruam,
  • tekak mudah rasa haus, 
  • kulit wajah ditumbuhi jerawat halus,
  • kulit menjadi kering dan gatal,
  • kulit bibir kering, 
  • ulser mulut 
  • mudah rasa nak demam.
  • sembelit

Maka apa yang dapat saya kongsikan ialah, pengambilan dua vitamin ini tidak digalakkan sama sekali diambil pada kuantiti yang banyak secara sekaligus kecuali anda memang pengamal tegar air kosong. Ini kerana air kosong membantu melancarkan penyerapan vitamin dan perjalanan darah itu sendiri.

Sekiranya anda ingin mengamalkan dua vitamin ini, dapatkan nasihat dari pengedar yang benar-benar arif tentang cara pengambilannya supaya anda akan dapat menikmati kesihatan yang sebenar seperti yang anda idamkan.


*p/s: setiap 25kg berat badan anda, anda perlu minum air kosong sekurang-kurangnya 1 liter... so kira berat anda & ketahui berapa banyak air yang anda perlukan dalam sehari...

Perut kekal lansing

Semua orang ingin memiliki perut yang ramping dan lansing menawan. Apa lagi, mari bersama ber 'sit up'

Senaman khas untuk membentuk abdomen perut yang cantik. Jika dibuat secara konsisten dalam tempoh singkat masa seminggu, pasti ukuran pinggang berkurang sebanyak 2-3 inci.

Walau bagaimanapun, pastikan cara pengambilan makanan perlulah seimbang. Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kalori. Sebaiknya, senaman ini seeloknya dilakukan 2,3 kali sehari selepas bangun pagi, 3 jam selepas makan dan sebelum tidur. Lakukan 20-50 kali mengikut kemampuan masing-masing.


** Sahabat2, dalam ber'sit up', jangan lupa ambil suplemen Shaklee.
#saya#jual#

Salma binti Faudzi
SID 922186
sms/whatsup 013-4665785

Set Kurus Shaklee

Apa yang terkandung dalam set kurus Shaklee nih..mari bersama kita terjah!

1. Lecithin
Membantu memecahkan lemak.Sebaiknya, selepas anda termakan makanan yang banyak lemak, terus ambil lecithin ni.Kalau ditambah dengan senaman yang konsisten lagi efektif.

2. Omega Guard
Berfungsi membakar lemak-lemak terkumpul sekian lama dalam tubuh anda.Bagaiman?Minyak ikan (Omega 3) mampu mengawal nafsu makan bagi mereka yang mahu membuang lemak di badan.

3. Alfalfa/Herblax
Buang toksin dalam badan serta berupaya enyingkirkan lemak dan kolesterol.Sekiranya amalkan suplemen ini berterusan mampu hapuskan lemak, cegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi.

4.Cinch/ESP
Ianya kaya dengan protein yang mampu kurangkan selera makan. Ianya mengandungi serat yang tinggi dalam membantu si peminum rasa kenyang.Di samping itu mampu memlihara otot dan membakar lemak.rasanya juga sangat sedap!


Anda jangan ragu-ragu dengan produk kami.Berubah sebelum terlambat.Mari order cepat

Salma binti Faudzi
SID 922186
sms/whatsup 013-4665785

Alhamdulillah..

Selalu ada harapan bagi mereka yang berdoa, 
dan selalu ada jalan bagi mereka yang berusaha