1. Adakah Shaklee ini Halal?
Jawapan : Halal. Boleh rujuk artikel Halal
2. Mengapa urin saya bertukar jadi kekuningan selepas mengambil vitamin?
Jawapan: Ianya adalah kesan pengambilan B complex, vitamin ini adalah vitamin larut air.
3. Mengapa susu saya bertukar kuning kehijauan?
Jawapan: ia adalah kesan pengambilan B complex, vitamin ini adalah vitamin larut air.
4. Adakah trial pack masih ada untuk saya cuba?
Jawapan:
Ianya sentiasa ada , di sediakan dengan harga yang berpatutan serendah
RM70. Bagi pertama kali mencuba, adalah digalakkan membeli trial pack
terlebih dahulu.
5. Saya mengalami pening2 selepas mengambil vitamin ini, mengapa? Adakah tidak serasi?
Jawapan:
Pengambilan vitamin memerlukan pengambilan air yang TIDAK kurang dari 2
liter. Ini kerana ia perlu agar vitamin dapat disalurkan ke seluruh
tubuh dengan lancar. Rasa pening berlaku biasanya berpunca dari less
water intake. Satu lagi adalah kerana, jika individu itu adalah pertama
kali mengambil supplement, maka tubuh memerlukan 1-3 hari untuk
menyesuaikan diri dengan zat yang diterima. (Ibaratkan seorang yang
tidak punyai perabot di dalam rumahnya dan tiba2 datang orang menghantar
perabot serta memenuhi ruang kekosongan dalam rumah, pastinya individu
itu perlukan masa untuk menyesuaikan diri.). Hakikatnya keserasian
memerlukan masa.
6. Saya selesa dengan vitamin Shaklee setelah mencubanya melalui PEK ISTIMEWA. Boleh saya beli full pack dengan best price?
Jawapan: Boleh dan ianya lebih menjimatkan.
7.
Saya seorang yang kurang minum air kerana malas nak ke tandas, bolehkah
saya mengambil supplement ini sebab mempunyai masalah buasir.
Jawapan: Tidak
saya galakkan mereka yang kurang minum air mengambil supplement, ini
kerana ia tidak dapat disalurkan dengan baik ke seluruh tubuh.
8. Adakah vitamin ini membantu saya cepat sembuh dari penyakit yang saya lalui?
Jawapan: Vitamin
bukan dalam kumpulan ubat. Ianya sekadar supplement iaitu makanan
tambahan yang mengisi ruang kekosongan dalam tubuh. Seterusnya ia
membantu badan meningkatkan sistem imun dan secara langsung membantu
tubuh melawan penyakit. Sekiranya penyakit yang kronik atau berlarutan
maka memang memerlukan masa dan perlu mengambil antioksidan seperti ACE,
Nutriferon ataupun Vivix untuk membantu meninggikan daya ketahanan
tubuh. Tidak lupa doa serta tawakal pada Yang Esa.
9. Bolehkah saya membeli sendiri vitamin di mana2 sales branch?
Jawapan: Boleh, hanya mesej saya untuk mendapatkan ID SHAKLEE dan semestinya lebih murah (member price)
10.
Adakah normal bagi anak saya, setelah pengambilan vitamin, si kecil
minum sedikit dan terus lena. Berbeza dengan sebelum ini, si kecil saya
akan mengamuk2 dan asyik berjaga mahu menyusu.
Jawapan:
Ibu-ibu yang mengambil vitamin dalam diet harian selain pengambilan
makanan harian yang lengkap(tidak berdiet kerana kawalan makanan akan
menggangu penghasilan susu) akan mendapati susunya akan bertambah pekat
dan anak akan minum sdikit sahaja serta mudah lena. Apabila ini berlaku
si ibu di sarankan mengepam sebaik sahaja si kecil lena. Agar
penghasilan susu dengan lebih banyak dapat dihasilkan.
11. Adakah vitamin Shaklee selamat diambil oleh ibu yang mengandung?
Jawapan: Ya
boleh kerana ia adalah vitamin. Setiap ibu mengandung akan dibekalkan
oleh doktor vitamin demi memastikan si ibu dan anak sihat dan selamat
semasa proses kelahiran.
12. Apakah vitamin yang baik untuk diambil oleh ibu yang menyusu?
Jawapan: Secara
basic saya sarankan 4 jenis iaitu Vitalea, b complex, Vitamin C dan
Alfalfa. Namun seandainya mempunyai lebihan rezeki boleh mengambil ESP
iaitu soya protin kerana ini membantu anak mudah kenyang dan pembesaran
anak lebih lancar.
13.
Mengapakah saya mudah rasa lapar setelah mengambil vitamin? Saya takut
saya akan gemuk. Adakah saya mempunyai potensi untuk gemuk?
Jawapan: Pengambilan
B complex dan multivitamin boleh membuatkan seseorang itu mudah merasa
lapar. Ini kerana B complex berfungsi membakar glukos untuk menghasilkan
tenaga. Rasa lapar itu adalah salah satu body sign yang bermaksud tubuh
memerlukan gula untuk ditukarkan kepada tenaga.
Makanan
yang dimakan akan ditukar segera kepada tenaga, itu sebabnya mengapa
mereka yang mengambil B complex akan sentiasa rasa bertenaga.
Walaubagaimanapun ada sesetengah individu tidak dapat mengawal nafsu
makannya.Ini yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan berat badan dengan
ketinggian seseorang. Pastikan anda mengambil 3 meal sehari dengan masa
yang teratur dan jika terasa lapar di antara waktu tersebut, cubalah
makan buah2an atau makanan yang kaya dengan serat supaya tidak mudah
mengalami kegemukkan.
No comments:
Post a Comment