Hati adalah organ terbesar dalam tubuh manusia yang dikenali sebagai
‘pusat industri pemprosesan’. Hati adalah organ unik yang mampu membina
dirinya sendiri. Oleh itu organ hati boleh didermakan sebahagiannya,
kerana ia mampu memperbaiki dan membina organnya semula.
Antara fungsi hati adalah:
- Merembeskan cecair hempedu untuk pencernaan lemak
- Bertindak sebagai ‘penapis’ dan ejen detoksifikasi.
- Mengawal paras gula dalam darah.
- Penting untuk metabolisma lemak.
Namun begitu, dalam keadaan dunia hari ini yang penuh dengan pencemaran, hati kita terpaksa ‘kerja lebih masa’.Bukan saja ia terpaksa melaksanakan tugas-tugas ‘wajib’ bagi hati, malah memerlukan lebih masa untuk membaikpulih dirinya sendiri. Oleh itu hati kita memerlukan bantuan untuk membersihkan dirinya (detox hati) sekaligus menjadikan fungsi hati lebih berkesan
No comments:
Post a Comment