“Awak ambik kos pendidikan Islam...”
“tak…”
“Habistu??? Aaaa...mesti ambik kos bahasa arab kan…”
“Tak juga, saya program sains la…”
“saya ingatkan ustazah tadi…”
Hmmm...
soalan-soalan sebegini selalu diajukan pada mereka yang bertudung
labuh… Asal tudung labuh je ingat ustazah, asal pakai tudung labuh je
orang ingat pelajar jurusan agama…
Haishhh… ana bukan ustazah, bukan juga anak ustaz..
ana bertudung labuh sebab ana seorang muslimah!!!
Iye betul biasanya ustazah yang pakai tudung labuh… Tapi tak salahkan ana memakai tudung labuh...
Sebagaimana firmannya :
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)
Ada
juga yang menyangka bila seseorang itu bertudung labuh, bermakna
alimnya seorang wanita. Hakikatnya tak semua yang bertudung labuh sarat
dengan ilmu-ilmu ukhrawi.
"Dahtu kenapa bertudung labuh?"
Awak…
Islam menyarankan muslimah untuk bertudung labuh kerana penuh dengan
hikmah. Ia bukan sekadar menutupi aurat, tetapi juga melindungi diri.
Tudung itu sendiri bisa mendidik si pemakainya…
“Eh tudung pun boleh jadi cikgu???”
Boleh
dikatakan begitu… cuba anta wa anti bayangkan, agak-agak ada ke wanita
bertudung labuh pergi berpesta, pegi disco? Ya kalau ada pun cuma
segelintir yang tak tahu malu… Bila bertudung labuh akan lebih menjaga
akhlak, yela… takkan yang bertudung labuh nak terlompat-lompat,
terkinja-kinja tengok konsert, menjerit-jerit macam kena hysteria… kan
kalau perangai tak jaga, nanti orang mengata, harap je pakai tudung
labuh tapi perangai…
Nauzubillah…
Bila jenjalan kat mana-mana jarang lelaki yang berani tegur lebih-lebih, paling tidak pun mereka bagi salam…
“Assalamu’alaikum ustazah… tak jawab dose taw”
Tengok,
yang nakal pun tiba-tiba jadi budak baik. Sudah menjadi fitrah, lelaki
kan tertarik pada wanita, dengan susuk tubuhnya yang menggoda, jalan
lenggang-lenggok, apatah lagi yang lemah imannya. Kadang-kadang lelaki
tertarik mendekati wanita bertudung labuh kerana keindahan akhlaknya.
Jadi mereka rasakan mereka perlu berubah tetapi dalam masa yang sama
mereka ingin mendampingi wanita yang bertudung labuh yang mungkin boleh
membantu mereka dengan ilmu yang wanita itu ada.
“Awak… saya nak berubah jadi budak baik, boleh tak awak awak bimbing saya?”
“Kenapa saya”
“Sebab saya tengok awak alim je”
“Kenapa??? Sebab saya pakai tudung labuh???"
Awak
lelaki kalau benar-benar mahu berubah, awak seharusnya cari yang sama
jantina dengan awak. Kerana itu lebih terjaga dan jauh dari fitnah.
Ramai lagi lelaki yang jauh lebih alim dari saya…
Iye
walaupun saya bertudung labuh, tapi belum tentu ilmu setinggi langit.
Bukan saya kedekut ilmu, sombong. Setakat ilmu yang ada bolehla kita
share kerana ilmu itu bila saya beri ia makin bertambah. Saya juga masih
berusaha mencari sebanyak ilmu yang mungkin. Kerana hanya dengan ilmu
mampu mengubah seseorang membawa keluar dari kotak kejahilan. Kerana
ilmu itu cahaya, penunjuk jalan. Apatah lagi ilmu yang diamalkan, pasti
terpancar nur dari dalam hati. Saya juga perlu dibimbing dan tudung
labuh ini bukanlah suatu lambang ketinggian ilmu seseorang. Cuma saya
cuba jadi yang terbaik, apa yang saya mampu lakukan, saya kan cuba
sedaya upaya mengamalkannya kerana indahnya hidup bersyariat.
Dan
tak bermakna yang tudung singkat itu sedikit ilmunya, cuma mungkin
masih belum tergerak hatinya untuk berubah kepada yang lebih baik,
sama-sama kita doakan..insyaAllah.
sekian..................... ;D
*Semoga
Allah memberikan kita keimanan yang teguh dalam menjalani hidup yang
penuh dengan cabaran di akhir zaman ini. Iman ada naik dan turunnya. Dan
itulah yang kita risaukan, apa yang terjadi pada kita saat iman kita
lemah.. Nau'zubillah...
*Teruskan berdoa kepada pencipta kita yang satu, ALLAH SWT...
Sesungguhnya doa itu senjata Mukmin.
credit : Seorang muslimah
No comments:
Post a Comment