Penyusuan susu ibu telah dijadikan Allah swt, sebagai suatu
perkara yang wajib dilaksanakan oleh setiap ibu yang melahirkan anak. Ketetapan
tentang kewajipan ini telah di sebut oleh Allah swt melalui firmannya di dalam
surah Al Baqarah, ayat ke 233:
Para ibu hendaklah menyusui anak anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. (surah Al Baqarah ayat 233)
Kelebihan dan fadhilat menyusukan anak
1. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya
daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik
susu yang diberikannya.
2. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup
tempoh (2 1/2 tahun) dan beramal soleh tidak melangar perintah Allah dan taat
kepada suaminya, maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita
bahawa syurga wajib baginya.
3. Jika wanita memberi susu badannya kepada
anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
4. Susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada
terkena penyakit terutama selsema dan batuk, InsyaAllah.
5. Dengan memberi air susu ibu kepada anak,
pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa
anak.
6. Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana
menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti
memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.
Subhanallah,…sayangnya Allah pada wanita bergelar
Ibu.. Dalam menjayakan misi penyusuan susibu pasti ada perlbagai cabaran. Perlu
sabar dan ikhtiar macam2.
Syukur, umi dapat memenuhkan peti ais ni dengan
stok susu umi untuk mujahidah umi ni. Ku pohon pada yang Esa, moga
dipermudahkan menyusukan sikecil ini hingga 2 tahun seperti yang Kau
firmankan.Amin..
No comments:
Post a Comment