Monday, March 26, 2012

Global March to Jerusalem (GMJ) 30 Mac: Solidariti antarabangsa membela Palestin



Pada bulan Mac 1976, bermulalah titik hitam dalam kehidupan masyarakat Palestin apabila pihak Zionis merampas tanah swasta dan awam secara besar-besaran di kebanyakan kawasan di bumi Palestin. Rentetan daripada itu, rakyat Palestin mengisytiharkan mogok umum yang pertama kali dihadapi oleh Zionis sejak pendudukan Palestin pada tahun 1948. 
Zionis mula bertindak ganas dengan menakluki lebih banyak perkampungan Palestin, membunuh dan mencederakan ramai orang awam. 

Tarikh 30 Mac 2012 dipilih kerana ianya merupakan simbolik bagi hari yang bersejarah yang terpahat di memori masyarakat Palestin iaitu ‘Palestine Land Day’. Tarikh 30 Mac ini turut dijadikan sebagai acara tahunan antarabangsa yang melibatkan masyarakat di seluruh dunia untuk menunjukkan perpaduan kita dengan masyarakat Palestin dan untuk melindungi Baitulmaqdis sebagai kota suci.

Oleh itu, Global March to Jerusalem (GMJ) adalah perjuangan antarabangsa menuntut kebebasan untuk Baitulmaqdis dan masyarakat Palestin di samping bertekad untuk mengakhiri dasar Aparteid dan polisi pembersihan etnik yang memberi kesan mendalam terhadap rakyat, tanah jajahan dan kesucian Kota Baitulmaqdis yang mana merupakan satu jenayah bukan sahaja terhadap rakyat 

Palestin, bahkan terhadap semua masyarakat di seluruh dunia.
Sehubungan dengan itu, satu perarakan keamanan akan dianjurkan secara besar-besaran di beberapa buah benua seperti benua Asia, Afrika, Eropah, Amerika dan Australasia untuk bergerak menuju ke Pa lestin and beberapa negara jiran seperti Jordan, Mesir, Syria dan Lebanon.

Setelah tiba di Palestin pada 30 Mac nanti, perarakan secara aman akan bergerak pula menuju ke Baitulmaqdis atau titik kawasan yang terdekat dengannya. Pada tarikh yang sama, demonstrasi secara aman akan diadakan di hadapan kedutaan Israel di pelbagai ibu negara yang terpilih dan seterusnya akan berlanjutan secara besar-besaran di dataran utama di bandar-bandar besar di dunia seperti Dataran Tahrir, Mesir.

Di Malaysia, Malaysia Global March to Jerusalem (myGMJ) ditubuhkan untuk menerajui sebuah gabungan NGO Malaysia tidak mengira agama, bangsa dan politik untuk menganjurkan sebuah aktiviti kebangsaan serta mengambil bahagian dalam aktiviti GMJ antarabangsa.

Seluruh warga Malaysia daripada semua lapisan masyarakat diajak untuk bersama-sama berganding bahu dalam menjayakan amalan yang mulia ini. Semua tokoh negara, ahli politik, selebriti, tokoh-tokoh hak asasi manusia dan penerbit filem dijemput untuk bersama-sama menyokong aktiviti myGMJ ini.

Beberapa aktiviti telah dijalankan di beberapa tempat dan terdapat juga aktiviti-aktiviti yang masih dalam perancangan dan akan menyusul seiring dengan acara kemuncak GMJ yang akan berlangsung pada 30 Mac 2012 nanti.

Antara aktiviti yang telah dan akan dijalankan ialah kempen kesedaran di sekolah-sekolah dan institut pengajian tinggi, menghantar wakil dari myGMJ untuk menyertai perarakan global di Beirut, konvoi bermotor myGMJ dan flashmob myGMJ di beberapa tempat awam yang terpilih.
Selain itu, kemuncak acara myGMJ akan diadakan pada 30 Mac 2012 di Stadium Malawati Shah Alam untuk diselarikan dengan perarakan lain di seluruh dunia dan konvoi motosikal berkuasa besar (Superbike) yang membawa 131 bendera negara yang mengiktiraf negara Palestin yang akan berkumpul di satu tempat awam berlatarbelakangkan Baitulmaqdis, 
Masjid Al-Aqsa dan Gereja Nativity.

Sebagai rakyat Malaysia, anda boleh sertai myGMJ atau mana-mana badan yang bersama-sama menganjurkan aktiviti-aktiviti seperti ini. Selain itu, anda boleh menghebahkan mengenai aktiviti myGMJ kepada rakan-rakan di sekeliling anda di samping memboikot apa sahaja yang ada kaitan dengan Israel seperti memboikot barangan, pelancongan, kebudayaan dan acara-acara sukan.

Jom hadir pada Jumaat 30 Mac ini di Stadium Malawati Shah Alam sebagai tanda solidariti antarabangsa membela Palestin di seluruh dunia. Perjuangan membela Palestin adalah perjuangan bersama. Ayuh, sama-sama kita jayakannya!

~ Sumber dari http://ikram.org.my/v2

Sunday, March 11, 2012

Weekend - UIA

Macam biasa setiap sabtu suamiku akan bergegas ke UPSI menjalankan tugas hakikinye sebagai kakitangan Kerajaan yang berdedikasi. Orang lain dok sedap tidok sampai ke tengahari, suamiku kerja overtime dari pagi sampai petang. Selepas selesai tugasnye,..belum blh rehat lagi sebab kami akan pergi ke UIA.

Dalam kul 4.20 petang kami gerak p UIA...alhamdulillah Al Amin pon dh sht, sonokla nk p mane pon..minggu lepas anak umi ni kene cirit birit. Ikhwah kami dari UIA mohon hubbyku untuk tunjuk ajar selok belok teater diorang yang akan diadakan bulan depan. Jadi sepanjang 2 hari kami disana,..pulunla hubbyku berkongsi idea untuk di touch up lg pe yang kurang...

Umi?? erm,.pe lagi melayan anak umi ni la Al Amin. kejap ke sana kejap ke sini,..bile dh sht, Amin sangatla aktif. suke umi tgk,..
Umi n hubby lak dah rasa cm student..ni yg rasa nk further study blik,..bile la gamaknye..

tema kami oren ok...

Umi dan Al Amin..

walid dan Al Amin..


alhamdulillah.. kami sampai umah di tanjung malim dalam kul 8.15 malam,...berehatlah kami....dan layan cite hantu bonceng...huhu..

Wednesday, March 7, 2012

Kelebihan Bismillah 5

Marilah beramal dengan membaca bismillah 5 ini sebanyak 3x pagi dan 3x petang..Dengan izin Allah, kita terlindung dari segala penyakit dan mudarat di bumi dan air.

Doa ni juga boleh diamalkan untuk dimurahkan rezeki, melapangkan dada dan terhindar daripada datangnya bahaya.



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Dengan nama Allah yang Menyembuhkan
Dengan nama Allah yang Mencukupi
Dengan nama Allah yang memberi Kesejahteraan
Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat sesuatu di bumi juga di langit
dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui


Fungsi Bismillah 5 adalah seperti berikut:
1. Penawar bisa diri
2. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
3. Penawar bisa-bisa badan
4. Penawar bisa batu merian
5. Untuk merawat penyakit yang tidak diketahui puncanya

Cara merawat:
Letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, kemudian bacalah bismillah 5 ini sebanyak 7 kali kemudia ditiup ditempat yang sakit itu. Selepas itu ditiup pula keatas air. Kalau anggota yang sakit itu tidak boleh disentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar, bolehlah letakkan tangan dibahagian anggota lain dengan iktikat bahawa anggota tersebut adalah anggota yang sakit.

Kesan Sampingan:
Dengan mengamalkan Bismillah Enam dan Bismillah Lima akan menyebabkan segala jenis racun menjadi tawar dan tidak mendatangkan mudharat jika terminum. Gelas yang dipegang oleh pengamal Bismillah Enam dan Bismillah Lima akan pecah dengan sendirinya jika kandungannya mengandungi racun.

Bufday Party!!

Kebetulan sangat kan,.1st march bufday hubby. then ptg tu lak sambut bufday anak tersayang Fathurrahman Al Amin  even dh nk msk setahun sebulan lak,..actually, birthday Amin 02 Februari,..tapi sbb nak sambut ramai2 dan masa ni berpeluang nk kumpul semua, on jela bile2 ..

Ni masa tengahari lunch dgn hubby..belanje la sempena di hari jadimu.. simple je...

Amin dan Walid..yeh,..makan kek ri ni,...for both of you..hepy bufday !!

nyum..nyum,..sedap tol la kek ni,...celebrate tuk tiga org jer,...
meriah tak kek ni???

hihi,..palen kecit antara yang lain,..comel la anak umi ni,..nak tiup gk erk,..

 sedapnye mamam,...nak cikit.

Makan soto, popia, dan macam2 lagi,...makan reramai mmg terbaik,..masa ni la leh jumpe mak ayah yg len,..beramah mesra. Amin, jgn lupe bace doa dulu.

Umi sayang u ouls,...