Wednesday, December 21, 2011

Berbaloi Penat Lelahku..

Artikel daripada selebriti, Wardina di Facebooknya dengan tajuk
BERBALOI PENAT LELAH KU…


Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda…
I have to share this with you… because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la…
tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:-


1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal – kena make sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat 

2) l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together….kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum – i always kiss her at the head and say “Barakallahufiha” Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah….make her never miss her solat Ya Allah…..kuat2 bagi dia dengar….

ps:- kalau kena amik cuti ambillah – bukan waktu exam je amik cuti – buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! “mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!”

3) Selalu cerita how IMPORTANT it is to solat..how Allah is watching us… how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah…..TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat…acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat….itu semua kerja SETAN! Fight them off….! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that….we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat…..

4) Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5) kalau dia tinggal – DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember – and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok…but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah….tadi memang datang lambat…i was loking for her..and guess what????

She was actually praying her Asar prayers…sorang je kat dalam surau tu….i wanted to pengsan and cry…she did all by herself…. i pun told her how happy and how proud i was of her…i tanya dia kenapa? dia kata “Amna ingat apa Ummi cakap”…..cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia….and called nenek at Australia…now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!
And the foundation is – to start them off right – solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!! Good night….. But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu…anak ketam tak boleh diajar berjalan terus…fahamkan?


Sejuknye la hati seorang ibu kan kalu semua anak blh jd gitu dengan umur seawal 7 tu,...Tetapi,sebelum kita mendidik anak-anak,..pastikan kita sebagai ibu bapa perlu menjaga solat ye.Apa yang kita buat ,..anak akan ikut.. Kalau nak kan anak jadi seorang pendakwah,..bentukkan ilmu dakwah dalam keluarga dulu...hhmm,.Tak sabar nk berjemaah dengan Al Amin ni.

Monday, December 19, 2011

Kamilah Juara,...

Diumumkan JOHAN bagi pertandingan laman web kategori Bahagian/Jabatan dimenangi oleh BAHAGIAN SUMBER MANUSIA. tekezut giler,..cam tak caye..excited punye pasal,..kasut aku pon tercabut dgn serta merta selepas diumumkan lagi JOHAN KESELURUHAN dimenangi oleh jabatan kami lagi,..HOORAY!

hihi,..tgk tu,..betapa dh uzur nye kasutku itu,..bak kata suamiku,..selagi boleh pakai,..pakai,..jgn membazir,..dah rope tu,..lehla beli yang baru,..

Tak sia2 kami bertungkus lumus buat yang terbaik tuk Bahagian Sumber Manusia,...akhirnya kami merangkul semula kejayaan ni yang dh lama tak dirasai.memang berbaloi,..pe pon ,..terima kasih buat semua kakitangan di Bahagian Sumber Manusia di atas kerjasama dan sokongan kalian semua,..TAHNIAH !!!

 Congrats for both of u...Salma wif Abul (Webmaster BSM)

Sunday, December 18, 2011

Adakah Aku Suami Romantis?

Alhamdulillah,syukur Ya Allah,..aku masih bernafas lagi hari ini,..menjalankan tanggungjawab sebagai isteri menyediakan sarapan ringkas buat suami tercinta, memastikan anak kecilku menikmati susu uminya yang dianugerahkan oleh Allah bukan untuk aku sorang tapi kepada semua wanita
yang bergelar ibu...

Pagi ini nak berkongsi artikel yang di petik dari website iluvislam, bahan bacaan yang sangat berguna dan bermanfaat kepada semua,... 
Adakah Aku Suami Romantis? ..Sesiapa saja yang membaca khususnya yang telah berumahtangga,..cubela hayati dan kaji pada diri sendiri ataupon pasangannye...

"Romantis... isy aku tak main lah romantis romantis ni.
Yang penting aku beri cukup makan minum padanya setiap hari.
Lagipun aku ni dah tua."
"Romantis.... Come on man!!!  Kita ni kan pejuang Islam. Orang kafir je yang promote romantis romantis ni. Pejuang Islam kena hidup dengan serious...kita nak tawan dunia tau?"

Realiti yang berlaku masa kini, ramai pasangan (secara umumnya) sudah agak bosan hidup sebumbung dengan pasangan masing-masing. Nampak gaya rakan sekerja yang berlainan jantina di pejabat lebih "interesting" dan "caring".

Saya termenung sejenak mengingatkan satu persoalan dari seorang wanita semasa ceramah saya di Melaka suatu ketika dulu.

"Dr., macamana nak buat dengan perangai suami saya ni. Saya teringin sangat nak bersembang sakan macam doktor kata tu dengan suami saya. Tapi dia ni... kalau dengan rakan sepejabat... bukan main ligat lagi. Tapi dengan saya.... hambar je. Pernah saya travel dengan kereta dari utara ke selatan... hampir basi air liur ni."

Cuba jawab soalan di bawah ini. Jika jawapannya YA ...Insya Allah anda makin dekat dengan istilah pasangan yang romantis.

      Bila berjauhan... sering menelefon antara satu sama lain?

   Kalau makan... teringat pasangan masing-masing?

           Sentiasa peka dengan permasalahan pasangan masing-masing?

Jika bermasam muka – sentiasa mendoakan agar pasangan diampunkan Allah dan jangan lupa untuk mengampunkan pasangan masing-masing?

Of course masa 'kabel' tengah rosak susah sikit nak berkomunikasi. Tetapi kebiasaannya apabila baik kembali – kasih sayang akan bertambah.

Kaji punya kaji... rupanya ia adalah sifat naluri manusia... suka di belai dan suka membelai. Ia adalah fitrah. Tetapi dalam dunia yang serba moden ini, manusia makin lama makin jauh dari kehidupan yang selari dengan fitrah. 
Cuba kita kaji kehidupan manusia unggul di dunia ini. 
Kehidupan Rasulullah S.A.W. Adakah beliau seorang yang romantis bila berinteraksi dengan isterinya?

Aisyah dipanggil dengan nama "Humaira". Apabila Rasulullah minum air dalam cawan yang dikongsi bersama dengan isterinya, Baginda akan minum tempat mana Aisyah minum. Beliau amat pelembut dengan isteri-isterinya dan sering membantu kerja-kerja isterinya di rumah.


Kita sering dengar Hassan Al-Banna sebagai seorang pendakwah hebat. Buku Cinta di Rumah Hassan Al-Banna sepatutnya di baca oleh setiap bapa yang hendak menggelarkan dirinya pejuang Islam. Begitu romantis sekali kehidupan mereka suami isteri. Pernah suatu ketika rakan-rakannya datang ke rumah pada waktu malam. Isterinya sedang tidur.

Beliau menyediakan makan minum untuk rakan-rakannya kerana tidak mahu menyusahkan isterinya yang sedang tidur lena.

Pada hemat saya yang dhaif ini, jika kita pasangkan niat benar-benar berkahwin kerana hendak menyambung kerja-kerja dakwah yang sudah kita mulai semasa muda dan kita bernekad memastikan isteri kita itu berada dalam soff dakwah, InsyaAllah kita akan mampu untuk menjadikan medan di rumah itu sebagai medan amal dan dakwah.

Dengan izin Allah, isteri akan dijadikan sebagai rakan kongsi dalam menyelesaikan permasalahan dakwah kita. Dia akan menjadi sumber rujukan apabila kita kebuntuan dalam menjalan kerja-kerja dakwah kita. Akhirnya kerja-kerja dakwah kita akan menjadi ringan. Dan natijahnya kasih sayang yang berputik masa mula-mula mendirikan rumah tangga akan terus mekar sehingga akhir hayat kita.

Tetapi jika rumah tangga porak peranda, hubungan menjadi hambar, perjuangan isteri hanya tinggal di dapor sahaja bagi menyediakan makan minum kita dan anak beranak, perbincangan di rumah tidak lebih dari perkara-perkara duniawi sahaja. Kerja-kerja dakwah kita akan mudah terbantut dan silap silap gaya terkubur dengan masalah di rumah.

~ Dr. Hishamuddin Alham ~

erm,..Buku Cinta di Rumah Hassan Al-Banna tu rasa2nye cm dh ade,..tp tak bace lagi,..mungkin suamiku yang sedang membaca tu,.. aku perlu bace jugak ni,..ape gunanye kan kalu buku tu sekadar perhiasan je kan,.. Tapi ingat ye,..walau sesibuk mane pon kita,..buat tu buat ini,..baca buku tu buku ni,..jangan abaikan membaca Al Quran,....biar 1 ayat sekalipon,...

 Ya Allah,..ampunkan dosaku,...astaghfirullah,..


Wednesday, December 14, 2011

Pengasuh + Susu EBM

Syukur alhamdulillah selama 10 bulan,1 minggu,6 hari.. umi bertahan untuk menyusukan Al Amin permata hati umi walid ni walau macam2 cabrannye... Tapi pada awal2 dulu pernah tercampur susu formula gak,..Masa tu kekurangan ilmu tentang penyusuan ni,..
Part tu dh ok, tp timbul hal lain lak yang mane pengasuh agak sukar mengurus + rasa susah urus ebm ku....

Nape bagi susu badan,..cukup ke ? anak kalu dh besar lg byk minumnye…

Anak ni nangeh je tak sabo dh nk minum susu....
kan nk kene rendam dulu, lambat..

Td anak ni nangeh,..susu dh nk hbis,..bgla air masak cmpor skit, kan susah.len kali standby la susu tepung...

Perlu bijak nk balas or kelentong or ape2 jela..finin betol la..yg pasti anak umi minum susu berkhasiat ye..

Dalam Al Quran pon da disebut..ternyatakan susu ibu ni banyak kelebihan dan kebaikan nye..

"Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan..." (al Baqarah: 233)


Apa kelebihan susu ibu?

Susu ibu ialah cecair yang dihasilkan secara semulajadi dan psikologi untuk bayi manusia.
Saintis terus menemui kelebihan-kelebihan terbaru yang ada pada susu ibu. Berbanding susu formula, susu ibu kerap bertukar berdasarkan keperluan bayi. Susu formula tetap sama tanpa mengira keperluan dan usia bayi.

Susu ibu berubah berdasarkan usia bayi : Susu ibu untuk bayi pra-matang mengandungi kandungan protein yang tinggi. Susu ibu bagi bayi usia lapan bulan pula mempunyai kalori yang tinggi berbanding bayi berusia sebulan. Susu ibu berubah berdasarkan cuaca. Dalam cuaca panas, susu ibu mengandungi lebih banyak cecair. Dalam cuaca sejuk, ia mengandungi lebih banyak lemak. Susu ibu berubah dari segi rasa bergantung kepada jenis pemakanan ibu. Ini memberi peluang kepada bayi untuk mencuba pelbagai jenis rasa di sepanjang tempoh penyusuannya.


Kebaikan Susu Ibu kepada bayi:

* Susu awal ibu yang menitis pekat berwarna kekuningan mengandungi kolostrum yang tinggi khasiatnya untuk bayi.

* Mengandungi khasiat zat yang lengkap bagi memenuhi keperluan bayi.

* Mengandungi protein, lemak dan asid lemak yang tinggi dan mudah dihadam. Perkembangan sistem penglihatan bayi yang menyusu juga mengumpul DHA di dalam korteks. (Kajian menunjukkan bayi yang menyusu adalah 5.2 mata lebih tinggi daripada yang tidak menyusu susu ibu. - American Journal Of Clinical 1991)

* Melindungi bayi daripada kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan.

* Mengurangkan penyakit-penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia, meningitis dan cirit-birit.

* Mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti apabila mereka dewasa.

* Mengurangkan risiko sindrom kematian bayi.

* Mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang.

* Mengurangkan risiko pencemaran berbanding penyusuan yang lain.

Faedah penyusuan terhadap ibu

* Melindungi kesihatan ibu, merendahkan risiko terhadap barah buah dada dan ovari.

* Mengelakkan pendarahan selepas bersalin.

* Menjarakkan kelahiran kerana ia merupakan cara perancang keluarga semula jadi.

* Mempercepatkan proses pengurangan berat badan dan mengempiskan perut kerana hormon oksitosin membantu mengecutkan rahim.

* Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.

* Penyusuan ibu boleh dilakukan pada bila-bila masa saja dan di mana-mana sahaja.

Umi cume nak kan yang terbaik untuk Al Amin..Kerana susu ibu ni umi akur untuk mencari pengasuh baru untuk Al Amin yang lebih memahami…(mungkin perlu bg artikel ni kt pengasuh, huhu)

Al Amin sayang,..umi tetap akan susukan sayang sehingga 2 tahun walau ape pon bicara mereka di luar sana.., insyaAllah.. Harap umi kuat, berusaha membuat stok susu untuk Al Amin,..memang kene buat,..kalu hati tgh sedih + mood tk baik = susu sikit., oh tidak… Hari-hari umi berdoa mohon dipermudahkan urusan memerah, menyusukan Al Amin seperti yang dituntut menurut surah Al Baqarah  td..

Monday, December 12, 2011

Suami yang dirindui..

Assalamualaikum ,...

Suamiku yang dirahmati Allah, apa khabar abang di sana? 
di kala ini isterimu amat merinduimu, 
sayang,...Aku rindu untuk mencium tanganmu setiap saat, meneguk air dari pinggir gelas yang sama, mendengar gelak tawamu, usikan manjamu serta pelukan kasih sayang yang lahir dari hati tulus keranaNya..

Sayang,..di saat kita di ijab kabulkan,termeterailah janji untuk terus berjuang menjadi seorang isteri yang sentiasa memenangi hatimu,...Jika lemah diri ini,..bimbinglah daku dengan penuh redha,..janganlah sesekali kau tinggalkan aku menangis sendirian,..Aku perlukan seseorang yang boleh memahami yang sentiasa memberi kekuatan dalam hidupku, sayang.
Sayang, berilah kemaafan kepada isterimu ini,...sesungguhnya aku insan yang lemah, hanya kau yang dekat dengan ku,..Izinkan aku memegang erat tanganmu agar berguguran segala dosa disetiap sela jari jemari ini, wahai suami yang kucintai....

Comel je surat ni,..even pendek tp de maksud tersirat.Sebenarnya, suami isteri perlu saling memahami,..kalu sorang ni merajuk,..cepat2lah pujuk,..jangan biarkan isteri atau suami ni rasa sedih, kesal, salahkan diri sendiri,..ini kerana kalu dibiarkan boleh makan dalam tau,..silap hr bln anak2 jd mangsa lepaskan geram,,contohnye la,.. 

Kalu de yang tk puas hati,..segeralah istighfar, turunkan ego,..bawa bincang,..kalu tk mampu bersuara, mungkin boleh tulih surat cinta,..erm,..mcm zaman cintan cintun ye,..janganlah buat dek je kalu si isteri bermadah mcm2,...isteri nk kn perhatian la tu,die dh ok tu tak majuk..masa ni tunjuk la segala keromantikan yang de,..serlahkan,..bukan tuk sape pon,..tuk isteri tersayang kn,...tak kan tk sayang bini kot,..


Walid, terima kasih memilihku menjadi isterimu,.Umi sayang walid,.cintakan walid keranaNya. Semoga ikatan perkahwinan yang terbina akan kekal hingga akhir hayat bertemu di Taman Syurga, InsyaAllah,.. dari isterimu,..

Khasiat Minyak But But

Salam Muharam,....hari ni nk kongsi tentang khasiat menggunakan Minyak But but keluaran syarikat Herba Peawar Al Wahida (HPA)..memang berbaloi kalu di setiap rumah ade minyak ni,...untung byk,...



Introduction dulu ok,..
 Minyak But-But mengandungi ramuan lebih dari 100 jenis herba, termasuklah jenis tumbuhan yang kebiasaannya digunakan oleh burung But-But untuk membuat sarangnya.Menakjubkan,..Ni antara khasiatnye : 

Untuk Patah Tulang.
Panaskan minyak dan sapukan pada bahagian yang patah dan terus balutnya dengan kain. Amalkan bersama Radix sebanyak 6 kapsul sehari.

Untuk Buasir.
Sapukan Minyak But-But pada bahagian dubur/anus yang terkeluar. Amalkan bersama Ficus, Pelawas dan Coscinium Plus.
(Kalu agak2 dh rasa cm terkena buasir,..buh terus minyak ni selalu,..lama2 akan kecut bahagian dubur/anus yang terkeluar, saya penah cube tau sbb masa pregnant terkena buasir ni,.tak sampai sebulan dh baik.)

Untuk Melancar Peredaran Darah
Panaskan minyak sedikit dan sapukan pada bahagian leher dan bahagian yang terasa kesemutan dan lumpuh.
(Satu lagi kan,..saya pernah sapu bahagian belakang dada, urut lembut dan berselawat,..pastu alhamdulillah mencurah2 susu yang keluar tuk stok Al Amin)

Untuk Urut
Minyak ini bersifat sejuk diluar dan didalam ia akan meresap ke lapisan epidermis yang mampu untuk mengubati saraf yang terganggu.

Sengatan Serangga
Ambil kapas dan basahi minyak ini dan letakkan pada bahagian yang terkena sengatan.

Luka Kecil-Kecil
Ambil kapas dan basahi minyak ini dan letakkan pada bahagian yang terkena sengatan.

Terkena Air Panas dan Luka Terbakar
Sapukan minyak ke bahagian yang mengelembung.
(yang ni pon berkesan kalu cepat2 tuang kt tangan atau kawasan yang akan melecur)

Cirit-Birit
Minum satu sudu kecil bersama air suam.

Kembung Perut
Panaskan sedikit minyak dan urut perlahan-lahan secara berulang kali di bahagian perut secara memutar. Untuk kanak-kanak gunakan daun sirih dan sapukan minyak pada bahagian perut.

Sesak Pernafasan
Kanak-Kanak kecil, minum satu sudu kecil pada waktu malam dan sapukan pada bahagian dada dan selimutkan kanak-kanak tersebut.

Kanak-Kanak Yang Sering Kencing Malam
Sapukan pada bahagian ari-ari sebelum tidur. Dicadangkan amalkan bersama Madu Asli

Bayi Sering Menangis Pada Waktu Malam
Sapukan pada bahagian kening atas pada setiap waktu malam.

Lemah Tenaga Kelelakian
Lakukan urutan harian sehingga pulih

Wanita Menopouse.
Digunakan untuk menghilangkan rasa sakit bersama suami.


Pe pon semuanya bergantung pada usaha + niat + kerana Allah Taala... kalu area Tanjung Malim ni,...stokisnye de kt bangunan sederet Kia Abdul tu yg jual barang buat kek,..kire berdepan dgn Petronas Tg Malim,...
tertera lambang ni tau,..
"Produk Halal Tanggungjawab Bersama"

Tuesday, December 6, 2011

Bayi pandai baca..Percaya tak?

Assalamualaikum sebagai pembuka kalimah untuk pagi ini,..hari ini rasa tenang, gembira...mungkin kerana itu,...

Sebenarnya aku baru tau yang mane bayi kecil juga mampu membaca...Semua ibu pastinye mahu anaknya yang terbaik, pandai membaca.. Semalam saje2 dok godek2 tenet kan,...alih2 jumpe RAHSIA BABY PANDAI BACA  ni...sangat teruja dan tk sabar nk praktikkan,... 

Bagitau kt husband ,die pon excited,..lagi la semangat kn,....pangkalnye kene rajin dan istiqamah dalam mendidik anak ni,...jgn malas..based on website tu,.. antara kelebihan ajar anak baca dari baby adalah :



So,...tak kan sume ibu di luar sana tk nk cube? rugi tau,..tak susah pon,.. kaedahnye gune je flash card,...nak tau lebih lanjut belila buku rahsia yang de dlm website tu.ni pon on the way nk beli..tp kalu tak sabar sgt download je sni then buat flash card sendiri,..lagi terbaik kn,...buat je dpn anak kite tu,..mmg die akn kacau,..tp hakikatnye anak2 yg suke kacau tu sedang belajar mengenal sesuatu benda dan tindakan dr kite,..jd biarkan la kacau sikit3,..jgn marah2,..nnt anak tu jd takut,...kalu dh takut, cam ne nk petah bercakap kn,...kalu nk free download ,try bukak website ni,..
rasanye boleh membantu, SINI.

Di samping itu,. ajarkan juga anak itu ilmu agama,..bunyinye mcm berat je kan,...maksudnye ajarkan membaca dengan kalimah alifbata for the 1st step,....kenal dulu huruf2 hijaiyah. Supaya mudah, lancar anak kita membaca Al Quran kelak. Biar seimbang yer,..

Menurut al-Tabrani, daripada Ali Karamallahu Wajhah, Nabi saw bersabda

Didiklah anak-anak kamu dengan tiga perkara ini: Cintakan Nabi kamu, kasihkan Ahli keluarganya, dan membaca al-Quran. Sesungguhnya penghafaz al-Quran bernaung di bawah ‘Arsy Allah pada hari tiada lagi naungan kecuali naungan Allah bersama para Anbia’ dan Asfia’Nya.

Kesimpulannya, anak-anak yang sentiasa didedahkan dgn bahan bacaan akan menjadikan ianya suatu permainan yang menyeronokkan dan dijadikan hobi sehingga mereka dewasa. Bermainlah Flash Card setiap hari, jika selalu diulang-ulang, insyaAllah anak kecil akan mudah menghafalnya dan menyebutnya tanpa kita sedar,..Subhanallah...jom kite praktikkan..

 tatkala Amin 5 bulan..


Thursday, December 1, 2011

Aku telah kembali,..

Assalamualaikum,...rasanye dh lama tk meng'update' blog ni,...ini kerana sibuk + penat + malas ,..hihi,..hari ni anak umi Fathurrahman Al Amin dh 10 bulan,...kejap je rasa,...mudah2n anak umi cepat sembuh sepenuhnye,..

Al kisahnye bermula selepas blik dr family dah belah suami ku di PD pd 27 Nov lepas,...gatal sgt kn tgk budak2 mandi manda kt kolam TIARA BEACH RESORT tu, teringin lak nk bwk Amin mandi gk,..

so far ok je die,..sonok mandi,..

Pas tu,.sehari selepas kami sampai tanjung malim,..badan Amin panas,..jp panas jp ok,.. bg la ubt kn,..ok la jp,..soknye anto pengasuh cm biasa,...aku pon p koje bersuka ria dgn kengkawan, yg sentiasa menghiburkan hati,.dlm kul 12 lbih pengasuh call gtau Amin dr pg tk nk minum susu + mkn bubur,..pelik umi,..ptg time off p ambik Amin,...nmpk lemah je,...nangeh je,.nmpk umi die lg la nangeh kn,. bwk p klinik panel,...

cek2 ropenye anak umi ni kene ulser + demam,..sian sgt,.tk pasal2 kene bebel dgn doktor kn,..katanye,,,,,,anak ni kurang  minum air, mandikan dgn air suam tau,..dh setahun tk pe air biasa,..sian ank ni,..blik umh bg ank ni mandi rendam air suam,..bg mkn ubt,..bykkn minum air masak,... aku pon ngangguk jela kn,..bt jela pe yg die suh,...

dekat 3 hari Amin tk nk susu direct dgn umi die,..tp mkn nk,..lapar kn,...minum air suam pon tolak,..sakit tekak kn,..sian umi tgk,..ragam jer,...Walidnye skung sbuk ,..stdnt Diploma dh stat kelas,..jd pg smpi ke mlm kt UPSI jela,..umi die la yg tk terurus diri ni kuatkn semangat mengurus ank yg tk sht ni,.. pengorbanan seorang ibu ni,..dpt award ape2 tk,..huhu,..

rasa cm tk sanggup tgk ank nangeh je kn,..tp nk wt cm ne,..paksa gk la bg ubt, bg air ,bg susu,...gune cawan, picagari, sudu,..btla cm ne pon,...janji anakku tk dehidrasi dan cepat sembuh,..

kendian lak tetibe Amin naik ruam2 kt siku, lutut, punggung,...byk,..mulela pk bkn2 ni,..astaghfirullah,.. p klinik lg,..tya,...ropenye dokto len lak kata anak umi ni terkena virus Coxsackie,..korang nk tau pedia tu? yg menyebabkan penyakit tangan, kaki dan mulut ( HFMD). susah hatinye,...nk tau lbih lanjut p link ni,.. Penyakit HFMD

Sebagai seorang ibu, mestila nk pastikan anaknye cepat sihat kn,..aku pon pastikan Amin mkn ubt ikot waktu,..sapukan krim ,minum air masak secukupnye,..dan DOA yang utama,..

Alhamdulillah,..malam td umi nmpk perubahan pd Amin,...lebih sht, ceria, gelak2, jerit cm biasa,..tp umi die lak yg ting tong,.. sakit nye kepala mlm td,....rhtla jp sementara husband aku yg layan Amin,...bile dh ok,..br aku p mandi segarkan badan,.. tunaikan kewajipan solat maghrib,..fuhhh lega,...syukur.

Bile dh ok,setel sume urusan, aku pon packing bj tuk blik kg ptg ni,..rasa dh lama tk blik kg halaman,..hihi,...tgh aku dok sbuk lipat bj,..ni la aksi sikecik umi ni dengan aktiviti nye yg sentiasa bt umi hilang segala sakit, resah, gelisah, sunyi,sedih ,...umi sayang anak umi,..muah,..




Monday, September 12, 2011

Saya nak beli masa ayah boleh tak?

Pada suatu hari, seorang ayah pulang daripada bekerja lewat malam. Seperti hari-hari sebelumnya, hari itu sangat meletihkan baginya. Tiba sahaja di rumah, dia mendapati anaknya yang berusia lapan tahun sudah menunggunya di depan pintu rumah. Sudah lama anak kecil itu menunggunya.

“Kenapa belum tidur?” sapa sang ayah pada anaknya. Biasanya si anak sudah tidur ketika dia pulang dari kerja dan baru bangun ketika dia bersiap untuk berangkat ke pejabat di pagi hari.

“Adik tunggu Abah pulang, sebab Adik nak tahu berapa gaji Abah?”
“Kenapa tanya pasal gaji Abah pulak ni? Adik nak duit lagi ke?”
“Adik nak tahu je Abah…”

“Ok, Adik cuba kira sendiri. Abah bekerja 10 jam setiap hari dan dibayar RM200 setiap hari. Setiap bulan Abah bekerja 25 hari. Jadi, berapakah gaji Abah untuk sebulan?”

Si anak kemudian berlari mengambil kertas dari meja belajarnya sementara Ayahnya masuk ke dalam rumah. Ketika sang Ayah ke biliknya untuk bersalin pakaian, sang anak mengikutinya.

“Jadi, kalau setiap hari Abah dibayar RM200 untuk 10 jam, maknanya Abah dibayar RM20 untuk setiap jam!”

“Sudah la tu Adik, pergi tidur ya. Sudah lewat malam ni!” namun sang anak masih tidak mahu berganjak.

“Abah, Adik nak pinjam RM10 boleh tak?”
“Dah malam ni Adik, buat apa dengan duit malam-malam macam ni? Pagi esok je lah. Sekarang Adik pergi tidur…”
“Tapi Abah…”

“Dah, pergi tidur sekarang!” suara sang ayah semakin meninggi.
Anak kecil itu menuju semula ke biliknya. Sang ayah kelihatan menyesal dengan tindakannya. Tidak lama kemudian, dia menghampiri anaknya di bilik. Anaknya itu sedang menangis teresak-esak sambil memegang wang RM10.

Sambil membelai ubun-ubun kepala anaknya, ayahnya berkata, “Maafkan Abah ya Adik. Kenapa adik nak duit RM10 malam-malam macam ni? Esok kan Abah boleh bagi. Bukan setakat RM10, lebih lagi pun Abah boleh bagi. Adik nak beli mainan kan?”

“Abah, Adik bukan nak minta duit. Adik nak pinjam. Nanti Adik kembalikan semula guna duit Adik sendiri.”

“Tapi Adik nak buat apa?” tanya sang Ayah.
“Adik tunggu Abah pulang kerja hari ini sejak pukul 8 malam lagi. Adik nak main ular dengan Abah. Satu jam je Abah. Mama selalu cakap, waktu Abah sangat berharga. Jadi, Adik nak beli masa Abah. Adik buka tabung ayam Adik hari ini, tapi cuma ada RM10 je. Sebab Abah cakap Abah dibayar RM20 setiap jam, duit tu masih tak cukup, jadi Adik nak pinjam RM10 lagi daripada Abah.”

Sang ayah terdiam. Lidahnya kelu seribu bicara. Dia terus memeluk erat anak kecil yang disayanginya itu sambil menangis dan meminta maaf padanya.

“Maafkan Abah sayang…” ujar sang Ayah.
“Abah telah melakukan kesilapan. Selama ini, Abah lupa sebab apa Abah bekerja keras. Maafkan Abah.” kata sang ayah dalam esak tangisan. Si anak hanya diam tanpa kata dalam pelukan ayahnya…


Untuk renungan bersama....Sekian,..

Friday, September 9, 2011

Selamat Maju Jaya Kamal..

Belum puas nk beraya dengan sume adik beradik,...adik ku Muhammad Kamal berangkat ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran disana dalam course Usuluddin selama 4thn,insyaallah.. Ahad, 04 Sep lalu mak ayah dan kuarga kak Ida kak Ros konvoi p beraya KL.senin dh nk anto kamal ke KLIA...aku lak blik tj malim kerna senin tu dh stat koje,..

Afta koje bergegas p KLIA konvoi dgn kak Ana dari Manjong dh tgu kt Petronas sni ,...lambat gak gerak,..al maklumlah masing2 dh de anak,...phm2la,...alhamdulillah sampai KLIA .Sume dh tgu kami,..terlewatkan,..yang len pakat smpi awal kul 6.30 ptg tu,...tp tk pela,...sembang2 dgn adik beradik sume,..tibela masa pelepasan kamal,...sedih la plak,...b4 dat,..bergambar mesti de kan,...lama lg br dpt jumpe kamal,...

Ikot dan jela bergambo,..tu suasana di KLIA,.adik Kamal pastinye di tgh yg pakai Jaket hitam tu,..aku lak terpakse memendekkan diri supaya adik kira tk terlindung kt blkg tu,..hihi..


Kami pon bersalaman sebelum Kamal berangkat,....sedeh dh rasa,...nk nangeh dh,..tp sume tk nangeh,..tk jadi nk nangeh,..simpan jela,...huhu


Ni saat Kamal bersalaman dgn Kira, adik bongsuku yg suatu ketika diorg ni tk ngam lansung,...mmg tk ngam sgt2,....berkat doa family,..sejak Kamal sekolah agama makin lama sejuk hatinye,...dh mau berbaik dgn Kira, alhamdulillah..


Ambek aura oncu Kamal (panggilan Al Amin tuk Kamal) mudah2n anaku pon ikut jejak adik aku ni,...

Pada 05 September 2011, kul 9.30mlm geraklah Kamal memulakan kehidupan yang baru..
Muhammad Kamal bin Hj Faudzi


Semoga Kamal jaga diri,...belajo sungguh2 dengang jayanye,..bawalah segulung ijazah sebuah kejayaan yang membahagiakan hati mak, ayah dan kuarga,..kami sume sentiasa mendoakan Kamal di sana,... Kami disini akan menanti kepulangan mu,Kamal,...

Tuesday, September 6, 2011

Aidil Fitri 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, salam Syawal....kami beraya sekeluarga tahun ni di Kg Gajah tuk raya pertama..seramai 8 beradik serta ibu dan ayah berkumpul di teratak Faudzi dan Khadijah..Walaupon sume dh de,..tp cm ade jer lg yg lum pulang,suma ahli kuarga ku dh msk 43 org,..cm tk caye jer.ni pon nk tmbh lg 2 org,...hihi,..

 tu pon tak masuk sume,..

Pagi tu bergemala takbir raya,....de yg bangun awl dan lambat,..mak pastinye bgn awal nk siapkan juadah pagi raya,...adk brdk yg len turut membantu mak kt dapur,..bagi kaum laki p la sarapan dulu kn,..nk p sembahyang raya kt mesjid,...ayahku pula lagi awal coz jd Imam di Masjid Kg Telok dan turut ditemani mak,...Syukur,....sementara sebahagian solat di masjid,..kami yg tgl kt umh dok sbuk mandi,..makan,solat,..uruskan anak2 dan sebagainye,..

Bila sume dh berbaju raya,..anak ku Al Amin jer tk siap lg,..sbb tido dlm buaian,..tk pela,..umi walid p posing jp ye nak


Kebiasaan thn2 lps,...pasti de sesi bersalaman,..thn ni ,..b4 sesi bersalaman,..kami buat majlis tahlil,..bacaan Yaasin khusus untuk mendoakan kesejahteraan,..kejayaan cucu2 ayah mak yang nk duduki exam UPSR,untuk adik Kira gk yg nk pekse PMR dan adik Kamal yang akan berangkat ke Mesir afta raya,..

Masa nk bace Yaasin baru Al Amin umi ni bangun,..trus siapkan die,..barulah lengkap berbaju melayu sedondon dgn walid nye,..


hensem anak umi ni dah,.jom bace Yaasin

dh mcm pak arab la ayah,..

Setel baca Yaasin,..barulah kami bersalaman ikut  turutan adk brdk,....last,..br ank buah,..nak duit raya kn,...kenala bersalam,..hihi.

 kakak dan adik yer..

then sesi bergambo satu family...

 Family abg Fizan
Family abg zaki
Family kak Ida
Family kak Ana
Family kami,...walid,umi,Al Amin. tp de satu lg family kak Ros lupe nk snap,..hihi

Kuarga umi,...mak, ayah dan 8 beradik,..lengkap raya pertama tu berkumpul,..

Memandangkan jam dh kul 1 ptg,..kami ubah plan tuk p beraya afta solat zohor,.dalam 5 kete konvoi p beraya umh sedara mare,...alhamdulillah kami selamat pegi dan balik,...

Bila blik umh,..sume dh ngantuk,.sampai kul 9mlm..tp lapo ,.tk mkn lg,.masak2 dulu,..dlm kul 11mlm br mkn mlm,..hihi,...sonok gk,..perot dh kenyang,...mata pon dh berat,..maka,..tidola kami semua dlm kekenyangan...



Thursday, August 25, 2011

Selamat Hari Raya,..

Subhanallah,...cepatnye masa berlalu,..dh hampir berakhir bulan Ramadhan,...pasti ramai dh bermula bercuti untuk sambut hari raya di kampung dan sebagainye,....

Begitu juge aku akan pulang pada esok pg,..hihi,..kg tk jauh pon,..Kg Gjh jer  dan Kg Bahgia,...jd tkla kalut sgt kn,...Tahun ni sonoknye raye coz raye dgn ank kn dan suami,..thn lps ank dok dlm perot,..hihi,..thn ni lehla kumpul duit raya tuk ank,..haha,..

Di kesempatan ini,... aku nk ucapkan selamat hari raya aidil fitri pada semua ,...semoga dihari lebaran ini lebih baik drp yg terdahulu,...lebih indah,..pe pon berhati2 di jalan raya,...



Tuesday, August 23, 2011

Juadah Berbuka Puasa semalam

Baru dapat resepi dari membe, buat nasi ayam,..haha,..blik opis trus ajak hubby p beli barang,...sampai umh kul 6.00ptg,...main2 dgn anak dulu,..nyusukan Amin,..then start p masak,...
Jam udah kul 6.20 ptg,..hihi,..basuh2 ayam,..sediakan bhn tuk rebus ayam,..then rebusla,..aku pon p main nyusukan Amin blik,..hihi,..then kul 6.30ptg aku p tgk kt dapo,..oh tidak!!...gas habis,..jenuhla hubby aku call sana sini nk minta antokan gas,..tp tk dpt,..last2 sms org sblh,..nsb baik de gas lbih,..dia pon kasila kn,..hii,.time kasih kak sal...
Aku pon sambung blik masak,...mule2 dh maleh tau igt tk sempat,..tp masak jela,...macam msk rancangan dapur celebriti lak,..setkan masa  dlm 30 min tuk masak.haha,..layan jela masa kn,...mmg ligat,...
akhirnye siap gk,..rope mmg dh cantik tau,..tp rasa?? hihi,..


nasi aku terkeras skitla,..sup pon tawar skit,...tp tk pela,...puasa kan,..de la reason bg org yg 1st time cuba masak nasi ayam ni,..tp tk pe,...masa sahur,..alter la skit kn,..br la rasa best skit,..hihihi,...pe pon,..puas hatila,..lehla buat lg pas ni,..insyaAllah,..

Tq to Ekin yang bagi resepi nasi ayam ni,...so far tk susah pon,..kalu korang nk try ,..p la tgk kt blog nye tu,... selamat mencuba..



Sunday, August 21, 2011

Aksi terbaru Al Amin,..

Minggu lepas tetibe Amin demam,..suhunye tinggi, 39 darjah celcius,...risonye la,..time tu de Seminar Wanita & Kesihatan Menurut Syariat Islam kt UPSI,...Nasib pengasuh cpt call,...hbis seminar trus p tgk Amin bwk p klinik,..msk obat kot bontot,..cian jer tgk,....rengek2 manje,...then anto blik kt pengasuh,...p ambek ptg Amin dh ok skit.

2 hari baru baik demam,..dan semalam Amin pon bt show masa kt Kg dpn walid die,..meh nk share ni,...


Friday, August 5, 2011

Amin dh 6 bulan,..

Pada 2 Ogos 2011 yang lalu,..cukupla Al Amin 6 bulan,...bermulalah perkenalan solid food dlm kehidupan nye,..hihi,..

Di samping tu gk,..de lak aktiviti barun ye yang suke dok sebut ta ta ta,..mmg suke sgt,..yang bestnye elok lak tepat kul 12.30 mlm (2 Ogos) bermula operasinye dgn meniarap ntah ke mane halanye sampai bwh kaki umi sambil menyebut ta ta ta,..smpi terjaga walidnye yg sedang nyenyak tido,..gelak kami tgk reaksi nye soran2 main tgh mlm,..mungkin excited kot dh 6 bulan,..hihi,..mmg best saat tu,..

ni nk share sempat record aktiviti nye,..haha


Bile tgk video ni,..hilang rasa tensen dan time perah susu pon rasa banyak je,..hihi,..sayang Amin,..macam2 tau,..tk sabar nk tgu word lain lak,..

Monday, August 1, 2011

Ana For GAZA - Kajang

Hari cuti jer ada jer aktiviti kami,..hihi,..Kali ni Umi bawak adik Umi lak iaitu Kamal yang berusia 19 tahun,...Duk seminggu kt umah kami,..saje jalan2 diumh adik beradik b4 p blajo kt Mesir pas raya ni,...(alhamdulillah rezeki adik kan)

Oncu Kamal dengan Amin, (Oncu tu mksdnye pakcik la)
Pada 26 sampaila 30 julai ritu UPSI tgh konvo,..jadinye umi dan walid buzy gk la,..smpi tk sempat nk blik anto mkn kt adk,,..hihi,...sori yer,..ok,..hari sabtu tu umi stil bertugas masa konvo separuh hari jer,..jadinye umi bwk Walid, Amin dan Kamal gk,...after dat,..kami trus grk ke kajang utk menyaksikan konsert Ana for GAZA,.hihi,..
sampai dlm kul 3.30 ptg,..p jalan2 kt gerai2 kan,...pastu sempat gkla bergambo dgn Rabbani ni,..

haha,..lawa tk key kami tu,.kt M'sia susah nk cari,..tu beli masa Walid p Jakarta,
Dan yang tk penah2 pakai tudung syria,..kenela beli sbb nk pki key tu jgk kan,...
hihi,..lawak je muke ku rasa,..sampai Amin pon tk knl,..ambik masa nk knl umi nyer,.
So far,..bestla konsertnye,..tp tgk sat jer,...kebetulan Amin tk sht sgt,..jd tk leh lama ,...insyaallah akan dtg boleh p lg kalu de konsert gini ,..