Monday, December 12, 2011

Suami yang dirindui..

Assalamualaikum ,...

Suamiku yang dirahmati Allah, apa khabar abang di sana? 
di kala ini isterimu amat merinduimu, 
sayang,...Aku rindu untuk mencium tanganmu setiap saat, meneguk air dari pinggir gelas yang sama, mendengar gelak tawamu, usikan manjamu serta pelukan kasih sayang yang lahir dari hati tulus keranaNya..

Sayang,..di saat kita di ijab kabulkan,termeterailah janji untuk terus berjuang menjadi seorang isteri yang sentiasa memenangi hatimu,...Jika lemah diri ini,..bimbinglah daku dengan penuh redha,..janganlah sesekali kau tinggalkan aku menangis sendirian,..Aku perlukan seseorang yang boleh memahami yang sentiasa memberi kekuatan dalam hidupku, sayang.
Sayang, berilah kemaafan kepada isterimu ini,...sesungguhnya aku insan yang lemah, hanya kau yang dekat dengan ku,..Izinkan aku memegang erat tanganmu agar berguguran segala dosa disetiap sela jari jemari ini, wahai suami yang kucintai....

Comel je surat ni,..even pendek tp de maksud tersirat.Sebenarnya, suami isteri perlu saling memahami,..kalu sorang ni merajuk,..cepat2lah pujuk,..jangan biarkan isteri atau suami ni rasa sedih, kesal, salahkan diri sendiri,..ini kerana kalu dibiarkan boleh makan dalam tau,..silap hr bln anak2 jd mangsa lepaskan geram,,contohnye la,.. 

Kalu de yang tk puas hati,..segeralah istighfar, turunkan ego,..bawa bincang,..kalu tk mampu bersuara, mungkin boleh tulih surat cinta,..erm,..mcm zaman cintan cintun ye,..janganlah buat dek je kalu si isteri bermadah mcm2,...isteri nk kn perhatian la tu,die dh ok tu tak majuk..masa ni tunjuk la segala keromantikan yang de,..serlahkan,..bukan tuk sape pon,..tuk isteri tersayang kn,...tak kan tk sayang bini kot,..


Walid, terima kasih memilihku menjadi isterimu,.Umi sayang walid,.cintakan walid keranaNya. Semoga ikatan perkahwinan yang terbina akan kekal hingga akhir hayat bertemu di Taman Syurga, InsyaAllah,.. dari isterimu,..

No comments:

Post a Comment