Sunday, December 16, 2012

Manja-manja sayang

Amin dah 1 tahun 10 bulan.tetap manja dengan umi dan walid die.kene marah tu usah cakap,.. majukla kejap...pastu datang balik kt umi,..hihi,..tak sanggup umi nak jauh dengan anak umi ni,.. Jom layan gambo ni..manje gitu..


Umi walid sayang kamu, Al Amin. Jadi anak soleh ye,..Jangan nakal2..

Teknik Untuk Hadapi Proses Bersalin

Teknik Pernafasan Peringkat Pertama semasa permulaan dan penghujung suatu kontraksi, anda dikehendaki bernafas secara dalam dan tetap. Masuk melalui hidung dan keluar melalui mulut. Ketika kontraksi berada dikemuncak, cuba pernafasan yang lebih ringan dan cetek. Kedua-dua pernafasan sepatutnya melalui mulut. Jangan lakukan terlalu lama bagi mengelakkan anda berasa pening (hyperventilation).


Teknik pernafasan peringkat Transisi.
Sekiranya anda berasa hendak meneran terlalu awal, sebutlah “huf, huf, tuip” kepada diri anda sendiri sambil mengambil dua pernafasan masuk dan keluar yang pendek, diikuti satu hembusan yang panjang. Apabila desakan untuk meneran hilang, hembuskan keluar nafas yang lembut dan tetap. cari bilik

Teknik pernafasan peringkat kedua.
Ketika hendak meneran (ia mungkin berlaku beberapa kali setiap satu kontraksi), tarik nafas yang dalam dan bertahan untuk satu masa yang singkat ketika anda menekan ke bawah. Adalah penting untuk melakukan gerakan dan pernafasan mengikut kehendak badan anda. Ketika meneran, ambil beberapa nafas tenang yang dalam. Apabila kontraksi reda, rehatkan diri perlahan-lahan.

TEKNIK MENERAN
Sebelum ini, mungkin kita menjangkakan hanya ibu yang terpaksa bekerja keras mengerah sepenuh tenaga untuk memastikan bayinya selamat dilahirkan. Sebenarnya tanggapan ini adalah salah sama sekali. Semasa peringkat pertama kelahiran, bayi dalam kandungan akan berputar untuk mencari jalan kelahiran. Manakala peringkat kedua kelahiran pula uterus akan mula menolak bayi keluar begitu juga si ibu. Dalam pada itu, bayi juga menolak dirinya keluar dari jalan kelahiran. Oleh itu memilih kaedah meneran yang sesuai dapat membantu melancarkan proses kelahiran. Ikuti beberapa tekbik meneran yang lazim digunakan dalam bilik bersalin.



“Overwhelming Urge“
Teknik meneran ini merupakan teknik yang tidak terkawal. Ada kalanya anda tidak perlu meneran apabila berlakunya kontraksi kerana pembukaan rahim masih belum terbuka dengan sempurna (10cm). Namun, setiap kali berlakunya kontraksi anda mungkin tidak mampu mengawal keinginan untuk terus meneran. Sekiranya tidak mahu berlaku sebarang koyakan, meneranlah sekuat hati setelah mendapat keizinan dari doktor. Tarikan graviti pada posisi semula jadi mungkin akan membantu ibu melahirkan bayi. Namun ada juga kemungkinan graviti tidak mampu meningkatkan tekanan atau desakan sekiranya kelahiran berlaku terlalu cepat.

“so-so urge“
Si ibu mungkin mempunyai keinginan untuk meneran setiap kali datangnya kontraksi atau ketika kontraksi berada di kemuncak. Bagaimanapun desakan ini mungkin juga berlaku pada peringkat awal fasa kedua yang mana bayi masih belum mencecah saraf-saraf yang menghantar isyarat agar si ibu mula meneran dengan kuat (overwhelming urge).

“No Urge“
Hampir sama seperti so-so urge, kali ini ibu tidak mengalami desakan, oleh itu posisi yang tepat semasa bersalin dan masa adalah jalan terbaik untuk membantu ibu-ibu yang menghadapi masalah meneran semasa proses kelahiran.

Teknik spontan
Kaedahnya amat mudah, si ibu hanya mengikut gerak bahasa tubuhnya dan akan meneran jika dia merasakan dia perlu untuk berbuat demikian. Ibu-ibu yang mempraktikan kedah ini biasanya tidak akan menahan nafas lebih dari 6 saat yang sekali gus menyalurkan lebih banyak oksigen kepada bayinya. Istimewanya kaedah ini banyak membantu mengurangkan tekanan pada ibu dan bayi, malah ia membantu menyingkatkan proses kelahiran. Secara umumnya, ibu yang mengikut naluri sebelum meneran harus menahan nafas untuk satu tempoh masa yang singkat dan merehatkan tubuh badan. Ingat, bahagian uterus akan membantu anda meneran walaupun anda tidak berbuat apa-apa.

Teknik Purple Pushing
Mengapa ia dipanggil Purple Pushing, ia kerana wajah ibu digambarkan seolah hampir kebiruan dengan mata yang besar cuba untuk menahan nafas sambil meneran hingga kiraan 10 berakhir. Teknik ini semakin popular, ia banyak membantu para ibu yang tidak mampu ‘mentafsir’ bahasa tubuh agar meneran dengan efektif. Teknik ini bermula dengan menarik nafas dalam-dalam, melepaskannya, menarik nafas semula dan tahan nafas tersebut, bongkokkan sedikit badan dan meneran seiring dengan kontraksi. Sementara itu, suami atau jururawat akan menjarit “PUSH!” dan mengira hingga angka 10 sebelum anda melepaskan semula nafas. Ulang teknik yang sama sehingga bayi selamat dilahirkan.

Teknik Laboring Down
Kaedah ini pula popular digunakan oleh doktor dan jururawat terhadap ibu-ibu yang disuntik epidural. Caranya mudah sahaja, biarkan tubuh meneran secara semulajadi tanpa perlu tolakan yang aktif dari anda. Biarkan sehingga kepala bayi mula kelihatan. Cara ini adalah lebih baik dan kurang meletihkan, malah sesuai dipraktikan oleh si ibu yang tidak mampu meneran 

Subhanallah,..umi dah hampir menjangkau minggu ke 38. Debaran semakin terasa. Tak tau lak nak gune teknik mane ni..Harap kali ni meneran dengan tenang. Tak bising2 sampai penin kepala jururawat. Hehe, 1st baby dulu kan..kecoh kt labor room.
 
So far, semua kelengkapan dah setel. Penat letih ketepikan dulu. Umi kene rajin2 baca surah Luqman, Hujurat dan Maryam. Doa Nabi Yunus perlu jadi amalan juga. Seterusnya kuserahkan kepada Mu Robbi..

Friday, December 14, 2012

Berpantang dengan Shaklee dan PB Korset

Kali ini umi nak kongsi dengan set bersalin yang bakal umi guna tak lama lagi. Before dis tak tau sangat. Kali ni nak berpantang dengan lebih mantop lagi. Umi pilih set bersalin vitamin Shaklee untuk dalaman dan  luaran beli asing2 je.


Kenapa umi pilih vitamin Shaklee ? bukan jamu? sebabnya.....
Dengan adanya Set Bersalin/Berpantang Shaklee ini, ianya lebih selamat dan terjamin untuk kedua-dua ibu dan bayi.  Set ini boleh dimakan sejurus selepas bersalin kerana ianya adalah vitamin semulajadi.  kalu jamu kene tunggu 2 minggu baru leh makan jika anak de jaundis. Tidak memudaratkan malah memberikan kesihatan dan nutrisi yang baik untuk ibu dan bayi.

Kandungan nya :

Vitalea Iron Formula
Mengandungi 28 jenis vitamin termasuklah Vitamin A, B, C, D, E, Calcium, Zinc, Iron dsb. *
 
B-Complex
Mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh anda bagi menggantikan nutrisi Vitamin B yang hilang. Vitamin B penting untuk keseluruhan fungsi tubuh yang baik sama ada daripada segi kesihatan jantung, sintesis DNA, menguruskan tekanan apatah lagi dalam membina tenaga metabolisme.*
 
Vitamin C
Mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah.*
 
Zinc Complex
Merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita. Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita.  Zinc membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka, mengurangkan rambut gugur, Memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein dll.

Energizing Soy Protein (ESP)
Ia memberi tenaga, membantu melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee adalah non GMO soy.  Ia juga dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi.
 
OsteMatrix
OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.  

Memang banyakla kene telan, tapi tak pe,..demi kesihatan umi dan baby nanti. Lagipun set ni boleh dimakan terus lepas habis pantang. tu yang berbaloi sangat.

Yang ni, tuk luaran lak..




 Jangan dilupakan bengkung HPA dan Premium beautiful Korset..


Hasilnya??? hehe,..tunggu yer,...kene menten balik ni macam anak dara. cantik, sihat luar dan dalam..khas untuk suami tercinta. 

Konvoi Aqsa Syarif Batang Padang

Dengan izin Allah,..dipermudahkan segala urusan. Walaupon sedang sarat pregnant konvoi tetap konvoi.. Semangat Palestin punye pasal. Acara konvoi ni merupakan amal kemanusiaan untuk mengumpul dana untuk negara Palestin pada 08 Disember 2012.


 Acara kami bermula di Masjid Proton City, Tg Malim start kul 8.00 pagi. Bersama-sama berkumpul memasang bendera Palestin , dok tampal sticker  kat kete..Dah setel baru p makan sarapan nasi lemak dan kuih muih,..sodap.

Then,..before memulakan perjalanan, ucapan dan doa didulukan.


Bergambar beramai-ramai untuk semarakkan lagi semangat jihad Konvoi Aqsa Syarif Batang Padang
(Tg Malim - UPSI - Slim River - Sungkai - Tapah -  Tg Malim)


Lebih kurang 5 kereta mara dijalan raya. Even tak ramai yang join tapi sangat2lah bermakna. Pastinya kete kami yang dihadapan.. Kete masing-masing mengibarkan bendera Palestin.
 
Amin sampai tertido, maklumlah  bangun awal pagi.


Setelah tiba setiap destinasi, tugas kami adalah mengedarkan flyers dan mengutip derma tuk Palestin. Alhamdulillah mendapat tarikan dan perhatian yang sebaiknya baik muslim or non muslim.


Kutipan mencecah 3k ++ ,memang sangat menakjubkan. Syukur kami panjatkan kepada Tuhan dipermudahkan segala urusan. Tengok tu,..Amin sebok tolong susun tabung-tabung yang dah dikosongkan.

Kami akan terus membantu rakyat Palestin dengan motto “Memperkasa Ummah, Membebaskan Al-Aqsa“.

 Walid, Umi, Amin dan adik (dalam perot lagi).. Takbir! Allahu akbar..

Thursday, December 13, 2012

Abang Long tecit..




 Amin yang suka membaca, melukis, menulis dengan gaya tersendiri.. Hobi baru main kete..kene p beli banyak kete ni.

Umi yang dah sarat, 36 minggu...menanti kelahiran adik Amin. Laki or pompuan kita tunggu..

Tuesday, October 23, 2012

Ikan Bakar dengan Pemanggang Ajaib

Thanks to Ina,... opismate umi yang sangat berjasa membelikan pemanggang ajaib yang dah lama umi idamkan,..kebetulan kawan umi ni de kusus kat Langkawi, shopeng di Haji Ismail Group je,...juz RM99.00 brand Vantage ok...pesan la kami beramai2,...hehe,...mmg terbaik la Ina,.... dekat 5 bijik kekawan opis ni order tau,..sian Ina,..tak pe,...umi janji akan masak special khas tuk sahabat umi ni,..tunggu tau...


Ina yang pakai baju biru tu,..Cik ekin pon order gk,...die la yg pengaruhi umi  pasal kelebihan bende alah ni,..thanks a lot my fren,...

Untuk permulaan,..umi pon try la masak malam tadi menggunakan 'pemanggang ajaib',..jeng jeng jeng,....



Menunye ikan bakar ye,..nak cepat,.umi gune je rencah ikan bakar yg ade jual dikedai..sonang kojo den,... memang kagum umi bile tgk tak lekat lansung,...syoknye,...rasa tangan ni pon nak letak je dalam tu sekali,..hihihi...merepek je kan,...senang, mudah, pantas gitu,..sementara tgu ikan tu dibakar,..umi sediakan bahan2 tuk masak gulai lemak udang dengan petai,...hihihi...sebagai tambahan,...
air asam perlu de sebagai pencicah ikan bakar ..

Inilah juadah makan malam tadi,..memang tengah lapo,..jadi,..sume sodap,...
alhamdulillah...lebih leh tapau g opis soknye..


Monday, October 22, 2012

Malam Cinta Rasul bersama Habib Syeikh As-seggaf


Jiwa terasa tenang sekali malam tadi kerana berkesempatan kami sekeluarga mengikuti program nie,...alunan suara Syeikh betul2 menyentuh kalbu...Alhamdulillah ramai yang datang membawa family memasing,..Amin tetap dalam dukungan walid die dari awal sampai akhir... anak2 kecil berjubah putih sangat2la comel,..terbayang Amin pakai gitu,..ingat nak belikan jubah untuk Amin,...pakai serban sekali,....alahai,..sejuknye perot umi nak...

Umi yang dari mule datang hanya duduk je,..dah tak larat nak berdiri lama2,...sepanjang alunan zikir beramai2,...anak umi dalam perot nie pon aktif bergerak,...Subhanallah,...anak umi pon suke dengar ye,..jadi anak soleh ye,...Amin plak sampai terlentok dipangkuan walid,.... 

 
Actually program nie jugak dapat merapatkan ukhuwah antara satu sama lain.Umi walid jugak dapat berjumpa  ikhwah2 dan ukhti Saniah bersama Abu Syarifnye yang tembam,..macam Amin masa kecik2 dulu..Program nie tamat dalam pukul 11.30malam...Walid yang memang dari tadi berhajat untuk bersalaman dengan Syeikh akhirnya tercapai di pintu utama dewan besar masa Syeikh nak beredar keluar. Sonoknye tengok,...walid salam cium tangan, Syeikh pulak sempat usap kepala Amin,...
mudahan2 anak umi dapat aura macam Syeikh ye sayang...

Antara video yang sempat umi rakam dari jarak jauh je,...


Sunday, October 21, 2012

Aktiviti Hari Sabtu yang best

Dah jadi rutinla tiap sabtu,..Umi dan Amin akan menghabiskan masa sepenuhnye dirumah.Walid p keje dr pagi sampai petang..Sian Umi tengaok Amin,..bosan agaknye dok dalam umah je,..jadi Umi pon bawak Amin keluar,..sukenye die,....Pas sidai baju, Umi pon kuarkan kolam Amin yang dah lama tersimpan,...main dalam umah je,...Umi isikan air separuh, masukkan segala mainan yang dia nak main...hepi betol amin,...dekat setengah jam gakla kami diluar,..anak jiran sebelah pon teruja tgk Amin main dalam kolam tu,...kecut2 tapak kaki dh,...nak ajak masuk umah plak payah,..hihi,...hbis mandi kt luar sambung dalam bilik air lak

Jom layan aksi2 anak Umi yang syok habis dalam kolam die,...



Anak Umi yang comel,...Umi sayang kamu,.....


Video ni diambil terbalik lak,..tak pela,...janji bile rindu2,..still leh tengok,...

Wednesday, October 17, 2012

Marie Cheese Lapis

Semakin hari semakin rajin masuk dapur... Baby gugurl ke nie....hehe...semalam, balik keje sampai umah main2 dengan Amin dulu,....pasangkan cd Boboiboy die..dalam masa sama kuarkan nugget untuk digoreng... b4 dis umi de cite kn yang Amin tak nak makan nasi sgt. jadi kene rajin wat bende len..siap goreng nugget, kasi sejuk sikit baru kasi Amin makan...Die saje dekat 5 ketul,..okla,..janji anak umi tak kelaparan.

Bila jam dh kul 6pm, baru umi stat ke dapur.menu semalam, Kangkung goreng belacan + Ayam masak kicap + Ikan bilis goreng...simple je,...dalam kul 6.45 siap....cepat tak,..hihi,...oleh kerana umi rasa cam nak dok dapur lagi,..umi pon kuarkan bahan2 untuk buat Marie Cheese Lapis....1st time nak buat nie,..ntah jadi ntah idak,...Moh tengok pe bahan2nye...


Ni kotak besar. tak guna banyak pon,..dalam setengah gelas je,..

Cheese Philadephia ni umi habiskan 250gm ye..

1st time buat...ingatkan habis 1 pek,..ropenye tak pon,..dalam setengah je,..lebih blh cicah dgn air milo,..yummy..

hehe,...gula juz setengah cawan je yer,..pe pon depend pada pembuatnya,....nak lebih,..tambahla,...

Ok,.. done for ingredients....now...cara nak buatnye,..sonang jo,..


Step 1 :
Putarkan cheese bersama 1/2 cawan gula dan setengah gelas susu segar (agak2 jela, boleh tambahkan lagi susu)..Bila semua bahan sudah sebati,  ketepikan dulu.
Step 2 : 
Panaskan lebihan susu selama beberapa minit. Rasa suam2 jer..
Celupkan biskut marie kedalam susu suam tadi beberapa saat (riso lembek kalu lama) dan susun kedalam loyang ye.

Step 3 :
Lapiskan dengan adunan cheese tadi dan ratakan. Then , susun lagi biskut marie...selag seli kan dengan cheese tadi,.tak kire bape lapis yang kite suke,..janji cheesenye banyak...
Step 4 :
Lastly, lapisaan paling atas tu cheese. Kemudian hancurkan biskut marie lebih tadi macam serbuk,..taburkan dalam adunan + cheese cheddar + Choc. rice...(ini ikut suka hati nak tabur pe lagi)


Tadaaa,....udah siap dan bolehla masuk dalam peti,...dah sejuk, baru potong and masuk perot ye,...


- Marie Cheese Lapis -


Wednesday, October 10, 2012

Baby Songsang?

Alhamdulillah, kandungan umi dah masuk ke 28 minggu. Semalam, 10 Oktober umi p scan kat klinik Tanjong Malim. So far, everything is ok..cuma doc cakap kedudukan baby je sonsang.belum pusing lagi. sepatutnya kandungan 7 bulan, kepala baby dah head down. Cek punya cek,..tak dapat dikesan dengan jelasla jantina baby umi nie...doc agak je gugurl...hihi,..umi macam dh sonok je. tapi doc pesan jangan berharap sangat. Jaid umi cool blik,..pikirkan kesihatan ana kyang penting.

After dat, jumpe en somi...citer la coz dia tak ikot teman p klinik...oleh kerana tk puas hati,..kami decide p klinik private lak malam nye...klinik yang tak asing lagi, klinik Nabilah. 
 
Oh my Baby!... betulla,..2nd time scan still songsang..kaki kt bawah.. tapi uri dok atas. cantek dah...mule la umi rasa sangat neves,... Kedudukan bayi songsang sebenarnya adalah normal pada peringkat awal kehamilan, 20 peratus ibu yang mengandung, biasanya akan mengandungkan bayi songsang pada peringkat awal. Kedudukan bayi songsang tersebut biasanya akan berubah pada peringkat pertengahan kandungan. Proses peralihan kedudukan kandungan ini akan berlaku secara automatik pada minggu ke-28 hingga minggu ke-32 usia kandungan. Even 28 weeks, kalu tk berpusing gak until bersalin,..aduss,...nangeh umi,...tak nak c-zer...sayang umi,...cepat pusing ke bawah yer,...

Dah alang2 scan kan,..nak taula jantina gk,..haha,..Dr Nabilah pon tk boleh nk detect sbb baby malu lak,...tak nk tunjuk,..hiih,..pompuan le tue,..berangan dh umi nk tocangkan anak umi,.hihi,..sumenye berserah pada Yang Maha Kuasa,..Di a Lebih Mengetahui,..lelaki or perempuan,..yang penting selamat dilahirkan,..

Ni la ropenye scan malam tadi..
 
hehehe,..kalu kot situ,..EDD umi 28/12/12 tau,..biar betol??tak lama dah,...
  

Info Bayi Songsang
 
 

Kelahiran songsang masih boleh berlaku walau pun sudah cukup bulan. Ia berlaku dalam nisbah 1:25. Namun, ibu-ibu tidak perlu bimbang kerana bayi atau janin masih boleh bergerak ke kedudukan sebenar di saat hampir bersalin.

Kelahiran songsang masih boleh berlaku sekiranya bayi tidak berpusing, tetapi ia amat berisiko. Punca sebenar masalah ini masih belum dikenalpasti. Namun antara yang berisiko adalah:
  1. ibu yang sudah beberapa kali bersalin, kerana rahim sudah bersifat anjal
  2. ukuran janin terlalu besar dengan tulang pinggul ibu
  3. pernah melahirkan bayi pra-matang atau tidak cukup bulan.
  4. kekurangan air ketuban di dalam rahim
  5. bentuk rahim yang tidak normal
  6. hamil dengan mengalami plasenta previa - kedudukan plasenta yang tidak normal, sehingga ada yang menutupi laluan atau bukaan pintu rahim
  7. hamil kembar, kemungkinan salah seorang sonsang atau keduanya, kerana kedua-dua cuba merebut peluang untuk berada di tempat sepatutnya
Di atas adalah antara golongan yang berisiko mengalami kelahiran bayi sonsang ini. Sekiranya ia berbahaya kepada si ibu dan juga anak, doktor akan menyarankan supaya kelahiran berlaku melalui pembedahan agar kedua-duanya selamat.
 
Umi,..jangan stress,...continue ur doa'...solat hajat + read Quran....
 
 

Dr Zakir Naik mengislamkan seorang wanita Hindu..



Saksikan bersama...
Selepas berpuas hati dengan kenyataan Dr Zakir Naik, seorang wanita Hindu ini memeluk agama Islam dengan mengucap dua kalimah syahadah. Subhanallah...

Latar Belakang Dr. Zakir Naik


Berlatar belakangkan bidang kedoktoran, Dr. Zakir Abdul Karim Naik merupakan seorang pakar dalam bidang perbandingan agama diperingkat antarabangsa. Beliau sangat terkenal dengan teknik pidato dan debatnya yang sangat mantap dan berkesan, menggunakan dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis yang sahih serta beberapa kitab-kitab agama lain seperti kita Bible, kitab Veda, kitab Bhagwad Geeta, kitab Upandishads dan banyak lagi.

Dilahirkan pada 18 Oktober 1965 di Mumbai, India beliau juga terkenal dengan kebolehannya mematahkan hujah pihak lawan serta memberikan jawapan yang menyakinkan terhadap persoalan-persoalan yang dikemukakan secara sepontan.

Menjelang tahun 2002, beliau sudahpun memberikan lebih daripada 1000 ceramah di peringkat antarabangsa seperti di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Arab Saudi, United Arab Emirates, Kuwait, Qatar, Bahrain, Oman, Afrika Selatan, Itali, Mauritius, Australia, Malaysia, Singapura, Hong-Kong, Thailand, Guyana (Amerika Selatan) dan banyak lagi termasuklah ceramah ditempat asal beliau sendiri; India.

Dr. Zakir Naik mendapat pendidikan awal di St. Peter’s High School (I.C.S.E), Mumbai sebelum ke Kishinchand Chellaram College, Mumbai dan Topiwala National Medical College, Nair Hospital, Mumbai. Akhirnya, beliau mendapat Ijazah Kedoktoran dalam bidang perubatan, M.B.B.S (Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery) di University of Mumbai, India.

Beliau aktif melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti dialog antara agama, dan antara yang paling berjaya adalah dialog bersama-sama Dr.William Campbell (Amerika Syarikat) pada 1 April 2000. Beliau digelar oleh seorang individu yang tidak asing lagi dalam dunia perbandingan agama; Sheikh Ahmad Deedat, sebagai ‘Deedat Plus’ pada tahun 1994.

Beliau juga menerima sebuah plag pada Mei 2005 sebagai anugerah daripada Ahmad Deedat yang terpahat padanya : “Son what you have done in 4 years had taken me 40 years to accomplish, Alhamdulillah.” Ia bermaksud, “Wahai anak muda, kamu hanya mengambil masa selama 4 tahun untuk mencapai apa yang saya dapat capai dalam tempoh 40 tahun. Alhamdulillah.”

Beliau sering dijemput untuk menyampaikan ceramah dibeberapa stesen televisyen dan radio di pelbagai negara, dan kini ratusan daripada video rakaman ceramah beliau boleh didapati dalam bentuk pita video dan cakera padat (CD)

Beliau kini telah meninggalkan karier beliau sebagai seorang doktor perubatan untuk menumpuhkan seluruh masa dan tenaga beliau untuk aktiviti dakwah islamiyah. Beliau kini menjawat jawatan sebagai Presiden Islamic Research Foundation (I.R.F), Pengerusi I.R.F. Educational Trust, dan Presiden Islamic Dimensions, Mumbai.

Menu baru Al Amin

Al Amin dah 1 tahun 8 bulan..macam2 peel barunye. terkini dah mula tak nak makan nasi.dok ratah lauk je.tak pon ayam goreng.hari2 tgk citer upin ipin la nie...dah terikut2 ye sayang. Ibu mana yang tak susah hati kalu tengok anak tak nak makan nasi.tapi kat umah pengasuh, diala juara makan...oh tidakk.....

Pregnant kali nie,..umi plak sangatla rajin nak masak,...bolehla...tapi Amin tak nak makan lak...terpaksala umi pikirkan menu len tuk gantikan nasi tu tadi...nak tau umi masak pe???
Jeng jeng,......roti pizza kot..ala2 pizza...ermmm, pizza suke hati...ape2 la....janji anak umi suka makan... umi pon tk ingat dh ambik kat blog sape resepi nie... tapi tak pe,..umi akan citer ckit kt sni ye ,...

Pastikan sume barang2 dibawah nie ade ye,..nak tambah yang len mcm isi nenas, cendawan butang ke ape ke,..ikot la memasing..umi simple je,..tuk anak kecit ni.


1st step, umi sapukan je mayonis kt roti tu dulu.pastu  trus buh carrot + hirisan bulat sosej tue...

2nd step, buh sos cili. tempekkan lak cheese tue,..buh cili lg kalu nak 
(umi tk buh, riso pedas lak)

3rd step, masukkan dlm oven..bakar tak sampai 10 minit. siap..hahaha,..senang kan,...

cepat + ringkas = sodapp,...

Inilah hasilnye,...rope gitu tp konyang jo makan,...


Al Amin pon suke kan...




                                  Makan sambil tengok citer Boboiboy... terbaik !!