Wednesday, October 10, 2012

Baby Songsang?

Alhamdulillah, kandungan umi dah masuk ke 28 minggu. Semalam, 10 Oktober umi p scan kat klinik Tanjong Malim. So far, everything is ok..cuma doc cakap kedudukan baby je sonsang.belum pusing lagi. sepatutnya kandungan 7 bulan, kepala baby dah head down. Cek punya cek,..tak dapat dikesan dengan jelasla jantina baby umi nie...doc agak je gugurl...hihi,..umi macam dh sonok je. tapi doc pesan jangan berharap sangat. Jaid umi cool blik,..pikirkan kesihatan ana kyang penting.

After dat, jumpe en somi...citer la coz dia tak ikot teman p klinik...oleh kerana tk puas hati,..kami decide p klinik private lak malam nye...klinik yang tak asing lagi, klinik Nabilah. 
 
Oh my Baby!... betulla,..2nd time scan still songsang..kaki kt bawah.. tapi uri dok atas. cantek dah...mule la umi rasa sangat neves,... Kedudukan bayi songsang sebenarnya adalah normal pada peringkat awal kehamilan, 20 peratus ibu yang mengandung, biasanya akan mengandungkan bayi songsang pada peringkat awal. Kedudukan bayi songsang tersebut biasanya akan berubah pada peringkat pertengahan kandungan. Proses peralihan kedudukan kandungan ini akan berlaku secara automatik pada minggu ke-28 hingga minggu ke-32 usia kandungan. Even 28 weeks, kalu tk berpusing gak until bersalin,..aduss,...nangeh umi,...tak nak c-zer...sayang umi,...cepat pusing ke bawah yer,...

Dah alang2 scan kan,..nak taula jantina gk,..haha,..Dr Nabilah pon tk boleh nk detect sbb baby malu lak,...tak nk tunjuk,..hiih,..pompuan le tue,..berangan dh umi nk tocangkan anak umi,.hihi,..sumenye berserah pada Yang Maha Kuasa,..Di a Lebih Mengetahui,..lelaki or perempuan,..yang penting selamat dilahirkan,..

Ni la ropenye scan malam tadi..
 
hehehe,..kalu kot situ,..EDD umi 28/12/12 tau,..biar betol??tak lama dah,...
  

Info Bayi Songsang
 
 

Kelahiran songsang masih boleh berlaku walau pun sudah cukup bulan. Ia berlaku dalam nisbah 1:25. Namun, ibu-ibu tidak perlu bimbang kerana bayi atau janin masih boleh bergerak ke kedudukan sebenar di saat hampir bersalin.

Kelahiran songsang masih boleh berlaku sekiranya bayi tidak berpusing, tetapi ia amat berisiko. Punca sebenar masalah ini masih belum dikenalpasti. Namun antara yang berisiko adalah:
  1. ibu yang sudah beberapa kali bersalin, kerana rahim sudah bersifat anjal
  2. ukuran janin terlalu besar dengan tulang pinggul ibu
  3. pernah melahirkan bayi pra-matang atau tidak cukup bulan.
  4. kekurangan air ketuban di dalam rahim
  5. bentuk rahim yang tidak normal
  6. hamil dengan mengalami plasenta previa - kedudukan plasenta yang tidak normal, sehingga ada yang menutupi laluan atau bukaan pintu rahim
  7. hamil kembar, kemungkinan salah seorang sonsang atau keduanya, kerana kedua-dua cuba merebut peluang untuk berada di tempat sepatutnya
Di atas adalah antara golongan yang berisiko mengalami kelahiran bayi sonsang ini. Sekiranya ia berbahaya kepada si ibu dan juga anak, doktor akan menyarankan supaya kelahiran berlaku melalui pembedahan agar kedua-duanya selamat.
 
Umi,..jangan stress,...continue ur doa'...solat hajat + read Quran....
 
 

No comments:

Post a Comment