Sunday, December 16, 2012

Manja-manja sayang

Amin dah 1 tahun 10 bulan.tetap manja dengan umi dan walid die.kene marah tu usah cakap,.. majukla kejap...pastu datang balik kt umi,..hihi,..tak sanggup umi nak jauh dengan anak umi ni,.. Jom layan gambo ni..manje gitu..


Umi walid sayang kamu, Al Amin. Jadi anak soleh ye,..Jangan nakal2..

Teknik Untuk Hadapi Proses Bersalin

Teknik Pernafasan Peringkat Pertama semasa permulaan dan penghujung suatu kontraksi, anda dikehendaki bernafas secara dalam dan tetap. Masuk melalui hidung dan keluar melalui mulut. Ketika kontraksi berada dikemuncak, cuba pernafasan yang lebih ringan dan cetek. Kedua-dua pernafasan sepatutnya melalui mulut. Jangan lakukan terlalu lama bagi mengelakkan anda berasa pening (hyperventilation).


Teknik pernafasan peringkat Transisi.
Sekiranya anda berasa hendak meneran terlalu awal, sebutlah “huf, huf, tuip” kepada diri anda sendiri sambil mengambil dua pernafasan masuk dan keluar yang pendek, diikuti satu hembusan yang panjang. Apabila desakan untuk meneran hilang, hembuskan keluar nafas yang lembut dan tetap. cari bilik

Teknik pernafasan peringkat kedua.
Ketika hendak meneran (ia mungkin berlaku beberapa kali setiap satu kontraksi), tarik nafas yang dalam dan bertahan untuk satu masa yang singkat ketika anda menekan ke bawah. Adalah penting untuk melakukan gerakan dan pernafasan mengikut kehendak badan anda. Ketika meneran, ambil beberapa nafas tenang yang dalam. Apabila kontraksi reda, rehatkan diri perlahan-lahan.

TEKNIK MENERAN
Sebelum ini, mungkin kita menjangkakan hanya ibu yang terpaksa bekerja keras mengerah sepenuh tenaga untuk memastikan bayinya selamat dilahirkan. Sebenarnya tanggapan ini adalah salah sama sekali. Semasa peringkat pertama kelahiran, bayi dalam kandungan akan berputar untuk mencari jalan kelahiran. Manakala peringkat kedua kelahiran pula uterus akan mula menolak bayi keluar begitu juga si ibu. Dalam pada itu, bayi juga menolak dirinya keluar dari jalan kelahiran. Oleh itu memilih kaedah meneran yang sesuai dapat membantu melancarkan proses kelahiran. Ikuti beberapa tekbik meneran yang lazim digunakan dalam bilik bersalin.



“Overwhelming Urge“
Teknik meneran ini merupakan teknik yang tidak terkawal. Ada kalanya anda tidak perlu meneran apabila berlakunya kontraksi kerana pembukaan rahim masih belum terbuka dengan sempurna (10cm). Namun, setiap kali berlakunya kontraksi anda mungkin tidak mampu mengawal keinginan untuk terus meneran. Sekiranya tidak mahu berlaku sebarang koyakan, meneranlah sekuat hati setelah mendapat keizinan dari doktor. Tarikan graviti pada posisi semula jadi mungkin akan membantu ibu melahirkan bayi. Namun ada juga kemungkinan graviti tidak mampu meningkatkan tekanan atau desakan sekiranya kelahiran berlaku terlalu cepat.

“so-so urge“
Si ibu mungkin mempunyai keinginan untuk meneran setiap kali datangnya kontraksi atau ketika kontraksi berada di kemuncak. Bagaimanapun desakan ini mungkin juga berlaku pada peringkat awal fasa kedua yang mana bayi masih belum mencecah saraf-saraf yang menghantar isyarat agar si ibu mula meneran dengan kuat (overwhelming urge).

“No Urge“
Hampir sama seperti so-so urge, kali ini ibu tidak mengalami desakan, oleh itu posisi yang tepat semasa bersalin dan masa adalah jalan terbaik untuk membantu ibu-ibu yang menghadapi masalah meneran semasa proses kelahiran.

Teknik spontan
Kaedahnya amat mudah, si ibu hanya mengikut gerak bahasa tubuhnya dan akan meneran jika dia merasakan dia perlu untuk berbuat demikian. Ibu-ibu yang mempraktikan kedah ini biasanya tidak akan menahan nafas lebih dari 6 saat yang sekali gus menyalurkan lebih banyak oksigen kepada bayinya. Istimewanya kaedah ini banyak membantu mengurangkan tekanan pada ibu dan bayi, malah ia membantu menyingkatkan proses kelahiran. Secara umumnya, ibu yang mengikut naluri sebelum meneran harus menahan nafas untuk satu tempoh masa yang singkat dan merehatkan tubuh badan. Ingat, bahagian uterus akan membantu anda meneran walaupun anda tidak berbuat apa-apa.

Teknik Purple Pushing
Mengapa ia dipanggil Purple Pushing, ia kerana wajah ibu digambarkan seolah hampir kebiruan dengan mata yang besar cuba untuk menahan nafas sambil meneran hingga kiraan 10 berakhir. Teknik ini semakin popular, ia banyak membantu para ibu yang tidak mampu ‘mentafsir’ bahasa tubuh agar meneran dengan efektif. Teknik ini bermula dengan menarik nafas dalam-dalam, melepaskannya, menarik nafas semula dan tahan nafas tersebut, bongkokkan sedikit badan dan meneran seiring dengan kontraksi. Sementara itu, suami atau jururawat akan menjarit “PUSH!” dan mengira hingga angka 10 sebelum anda melepaskan semula nafas. Ulang teknik yang sama sehingga bayi selamat dilahirkan.

Teknik Laboring Down
Kaedah ini pula popular digunakan oleh doktor dan jururawat terhadap ibu-ibu yang disuntik epidural. Caranya mudah sahaja, biarkan tubuh meneran secara semulajadi tanpa perlu tolakan yang aktif dari anda. Biarkan sehingga kepala bayi mula kelihatan. Cara ini adalah lebih baik dan kurang meletihkan, malah sesuai dipraktikan oleh si ibu yang tidak mampu meneran 

Subhanallah,..umi dah hampir menjangkau minggu ke 38. Debaran semakin terasa. Tak tau lak nak gune teknik mane ni..Harap kali ni meneran dengan tenang. Tak bising2 sampai penin kepala jururawat. Hehe, 1st baby dulu kan..kecoh kt labor room.
 
So far, semua kelengkapan dah setel. Penat letih ketepikan dulu. Umi kene rajin2 baca surah Luqman, Hujurat dan Maryam. Doa Nabi Yunus perlu jadi amalan juga. Seterusnya kuserahkan kepada Mu Robbi..

Friday, December 14, 2012

Berpantang dengan Shaklee dan PB Korset

Kali ini umi nak kongsi dengan set bersalin yang bakal umi guna tak lama lagi. Before dis tak tau sangat. Kali ni nak berpantang dengan lebih mantop lagi. Umi pilih set bersalin vitamin Shaklee untuk dalaman dan  luaran beli asing2 je.


Kenapa umi pilih vitamin Shaklee ? bukan jamu? sebabnya.....
Dengan adanya Set Bersalin/Berpantang Shaklee ini, ianya lebih selamat dan terjamin untuk kedua-dua ibu dan bayi.  Set ini boleh dimakan sejurus selepas bersalin kerana ianya adalah vitamin semulajadi.  kalu jamu kene tunggu 2 minggu baru leh makan jika anak de jaundis. Tidak memudaratkan malah memberikan kesihatan dan nutrisi yang baik untuk ibu dan bayi.

Kandungan nya :

Vitalea Iron Formula
Mengandungi 28 jenis vitamin termasuklah Vitamin A, B, C, D, E, Calcium, Zinc, Iron dsb. *
 
B-Complex
Mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh anda bagi menggantikan nutrisi Vitamin B yang hilang. Vitamin B penting untuk keseluruhan fungsi tubuh yang baik sama ada daripada segi kesihatan jantung, sintesis DNA, menguruskan tekanan apatah lagi dalam membina tenaga metabolisme.*
 
Vitamin C
Mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah.*
 
Zinc Complex
Merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita. Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita.  Zinc membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka, mengurangkan rambut gugur, Memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein dll.

Energizing Soy Protein (ESP)
Ia memberi tenaga, membantu melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee adalah non GMO soy.  Ia juga dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi.
 
OsteMatrix
OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.  

Memang banyakla kene telan, tapi tak pe,..demi kesihatan umi dan baby nanti. Lagipun set ni boleh dimakan terus lepas habis pantang. tu yang berbaloi sangat.

Yang ni, tuk luaran lak..




 Jangan dilupakan bengkung HPA dan Premium beautiful Korset..


Hasilnya??? hehe,..tunggu yer,...kene menten balik ni macam anak dara. cantik, sihat luar dan dalam..khas untuk suami tercinta. 

Konvoi Aqsa Syarif Batang Padang

Dengan izin Allah,..dipermudahkan segala urusan. Walaupon sedang sarat pregnant konvoi tetap konvoi.. Semangat Palestin punye pasal. Acara konvoi ni merupakan amal kemanusiaan untuk mengumpul dana untuk negara Palestin pada 08 Disember 2012.


 Acara kami bermula di Masjid Proton City, Tg Malim start kul 8.00 pagi. Bersama-sama berkumpul memasang bendera Palestin , dok tampal sticker  kat kete..Dah setel baru p makan sarapan nasi lemak dan kuih muih,..sodap.

Then,..before memulakan perjalanan, ucapan dan doa didulukan.


Bergambar beramai-ramai untuk semarakkan lagi semangat jihad Konvoi Aqsa Syarif Batang Padang
(Tg Malim - UPSI - Slim River - Sungkai - Tapah -  Tg Malim)


Lebih kurang 5 kereta mara dijalan raya. Even tak ramai yang join tapi sangat2lah bermakna. Pastinya kete kami yang dihadapan.. Kete masing-masing mengibarkan bendera Palestin.
 
Amin sampai tertido, maklumlah  bangun awal pagi.


Setelah tiba setiap destinasi, tugas kami adalah mengedarkan flyers dan mengutip derma tuk Palestin. Alhamdulillah mendapat tarikan dan perhatian yang sebaiknya baik muslim or non muslim.


Kutipan mencecah 3k ++ ,memang sangat menakjubkan. Syukur kami panjatkan kepada Tuhan dipermudahkan segala urusan. Tengok tu,..Amin sebok tolong susun tabung-tabung yang dah dikosongkan.

Kami akan terus membantu rakyat Palestin dengan motto “Memperkasa Ummah, Membebaskan Al-Aqsa“.

 Walid, Umi, Amin dan adik (dalam perot lagi).. Takbir! Allahu akbar..

Thursday, December 13, 2012

Abang Long tecit..




 Amin yang suka membaca, melukis, menulis dengan gaya tersendiri.. Hobi baru main kete..kene p beli banyak kete ni.

Umi yang dah sarat, 36 minggu...menanti kelahiran adik Amin. Laki or pompuan kita tunggu..