Friday, December 14, 2012

Berpantang dengan Shaklee dan PB Korset

Kali ini umi nak kongsi dengan set bersalin yang bakal umi guna tak lama lagi. Before dis tak tau sangat. Kali ni nak berpantang dengan lebih mantop lagi. Umi pilih set bersalin vitamin Shaklee untuk dalaman dan  luaran beli asing2 je.


Kenapa umi pilih vitamin Shaklee ? bukan jamu? sebabnya.....
Dengan adanya Set Bersalin/Berpantang Shaklee ini, ianya lebih selamat dan terjamin untuk kedua-dua ibu dan bayi.  Set ini boleh dimakan sejurus selepas bersalin kerana ianya adalah vitamin semulajadi.  kalu jamu kene tunggu 2 minggu baru leh makan jika anak de jaundis. Tidak memudaratkan malah memberikan kesihatan dan nutrisi yang baik untuk ibu dan bayi.

Kandungan nya :

Vitalea Iron Formula
Mengandungi 28 jenis vitamin termasuklah Vitamin A, B, C, D, E, Calcium, Zinc, Iron dsb. *
 
B-Complex
Mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh anda bagi menggantikan nutrisi Vitamin B yang hilang. Vitamin B penting untuk keseluruhan fungsi tubuh yang baik sama ada daripada segi kesihatan jantung, sintesis DNA, menguruskan tekanan apatah lagi dalam membina tenaga metabolisme.*
 
Vitamin C
Mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah.*
 
Zinc Complex
Merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita. Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita.  Zinc membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka, mengurangkan rambut gugur, Memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein dll.

Energizing Soy Protein (ESP)
Ia memberi tenaga, membantu melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee adalah non GMO soy.  Ia juga dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi.
 
OsteMatrix
OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.  

Memang banyakla kene telan, tapi tak pe,..demi kesihatan umi dan baby nanti. Lagipun set ni boleh dimakan terus lepas habis pantang. tu yang berbaloi sangat.

Yang ni, tuk luaran lak..




 Jangan dilupakan bengkung HPA dan Premium beautiful Korset..


Hasilnya??? hehe,..tunggu yer,...kene menten balik ni macam anak dara. cantik, sihat luar dan dalam..khas untuk suami tercinta. 

No comments:

Post a Comment