Friday, December 14, 2012

Konvoi Aqsa Syarif Batang Padang

Dengan izin Allah,..dipermudahkan segala urusan. Walaupon sedang sarat pregnant konvoi tetap konvoi.. Semangat Palestin punye pasal. Acara konvoi ni merupakan amal kemanusiaan untuk mengumpul dana untuk negara Palestin pada 08 Disember 2012.


 Acara kami bermula di Masjid Proton City, Tg Malim start kul 8.00 pagi. Bersama-sama berkumpul memasang bendera Palestin , dok tampal sticker  kat kete..Dah setel baru p makan sarapan nasi lemak dan kuih muih,..sodap.

Then,..before memulakan perjalanan, ucapan dan doa didulukan.


Bergambar beramai-ramai untuk semarakkan lagi semangat jihad Konvoi Aqsa Syarif Batang Padang
(Tg Malim - UPSI - Slim River - Sungkai - Tapah -  Tg Malim)


Lebih kurang 5 kereta mara dijalan raya. Even tak ramai yang join tapi sangat2lah bermakna. Pastinya kete kami yang dihadapan.. Kete masing-masing mengibarkan bendera Palestin.
 
Amin sampai tertido, maklumlah  bangun awal pagi.


Setelah tiba setiap destinasi, tugas kami adalah mengedarkan flyers dan mengutip derma tuk Palestin. Alhamdulillah mendapat tarikan dan perhatian yang sebaiknya baik muslim or non muslim.


Kutipan mencecah 3k ++ ,memang sangat menakjubkan. Syukur kami panjatkan kepada Tuhan dipermudahkan segala urusan. Tengok tu,..Amin sebok tolong susun tabung-tabung yang dah dikosongkan.

Kami akan terus membantu rakyat Palestin dengan motto “Memperkasa Ummah, Membebaskan Al-Aqsa“.

 Walid, Umi, Amin dan adik (dalam perot lagi).. Takbir! Allahu akbar..

No comments:

Post a Comment