Wednesday, December 14, 2011

Pengasuh + Susu EBM

Syukur alhamdulillah selama 10 bulan,1 minggu,6 hari.. umi bertahan untuk menyusukan Al Amin permata hati umi walid ni walau macam2 cabrannye... Tapi pada awal2 dulu pernah tercampur susu formula gak,..Masa tu kekurangan ilmu tentang penyusuan ni,..
Part tu dh ok, tp timbul hal lain lak yang mane pengasuh agak sukar mengurus + rasa susah urus ebm ku....

Nape bagi susu badan,..cukup ke ? anak kalu dh besar lg byk minumnye…

Anak ni nangeh je tak sabo dh nk minum susu....
kan nk kene rendam dulu, lambat..

Td anak ni nangeh,..susu dh nk hbis,..bgla air masak cmpor skit, kan susah.len kali standby la susu tepung...

Perlu bijak nk balas or kelentong or ape2 jela..finin betol la..yg pasti anak umi minum susu berkhasiat ye..

Dalam Al Quran pon da disebut..ternyatakan susu ibu ni banyak kelebihan dan kebaikan nye..

"Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan..." (al Baqarah: 233)


Apa kelebihan susu ibu?

Susu ibu ialah cecair yang dihasilkan secara semulajadi dan psikologi untuk bayi manusia.
Saintis terus menemui kelebihan-kelebihan terbaru yang ada pada susu ibu. Berbanding susu formula, susu ibu kerap bertukar berdasarkan keperluan bayi. Susu formula tetap sama tanpa mengira keperluan dan usia bayi.

Susu ibu berubah berdasarkan usia bayi : Susu ibu untuk bayi pra-matang mengandungi kandungan protein yang tinggi. Susu ibu bagi bayi usia lapan bulan pula mempunyai kalori yang tinggi berbanding bayi berusia sebulan. Susu ibu berubah berdasarkan cuaca. Dalam cuaca panas, susu ibu mengandungi lebih banyak cecair. Dalam cuaca sejuk, ia mengandungi lebih banyak lemak. Susu ibu berubah dari segi rasa bergantung kepada jenis pemakanan ibu. Ini memberi peluang kepada bayi untuk mencuba pelbagai jenis rasa di sepanjang tempoh penyusuannya.


Kebaikan Susu Ibu kepada bayi:

* Susu awal ibu yang menitis pekat berwarna kekuningan mengandungi kolostrum yang tinggi khasiatnya untuk bayi.

* Mengandungi khasiat zat yang lengkap bagi memenuhi keperluan bayi.

* Mengandungi protein, lemak dan asid lemak yang tinggi dan mudah dihadam. Perkembangan sistem penglihatan bayi yang menyusu juga mengumpul DHA di dalam korteks. (Kajian menunjukkan bayi yang menyusu adalah 5.2 mata lebih tinggi daripada yang tidak menyusu susu ibu. - American Journal Of Clinical 1991)

* Melindungi bayi daripada kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan.

* Mengurangkan penyakit-penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia, meningitis dan cirit-birit.

* Mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti apabila mereka dewasa.

* Mengurangkan risiko sindrom kematian bayi.

* Mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang.

* Mengurangkan risiko pencemaran berbanding penyusuan yang lain.

Faedah penyusuan terhadap ibu

* Melindungi kesihatan ibu, merendahkan risiko terhadap barah buah dada dan ovari.

* Mengelakkan pendarahan selepas bersalin.

* Menjarakkan kelahiran kerana ia merupakan cara perancang keluarga semula jadi.

* Mempercepatkan proses pengurangan berat badan dan mengempiskan perut kerana hormon oksitosin membantu mengecutkan rahim.

* Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.

* Penyusuan ibu boleh dilakukan pada bila-bila masa saja dan di mana-mana sahaja.

Umi cume nak kan yang terbaik untuk Al Amin..Kerana susu ibu ni umi akur untuk mencari pengasuh baru untuk Al Amin yang lebih memahami…(mungkin perlu bg artikel ni kt pengasuh, huhu)

Al Amin sayang,..umi tetap akan susukan sayang sehingga 2 tahun walau ape pon bicara mereka di luar sana.., insyaAllah.. Harap umi kuat, berusaha membuat stok susu untuk Al Amin,..memang kene buat,..kalu hati tgh sedih + mood tk baik = susu sikit., oh tidak… Hari-hari umi berdoa mohon dipermudahkan urusan memerah, menyusukan Al Amin seperti yang dituntut menurut surah Al Baqarah  td..

No comments:

Post a Comment