Monday, February 27, 2012

Pertandingan Nasyid Pewaris.

Kenangan betol la,..dah lama tk nyanyi dikhalayak ramai,..akhirnya kini aku berumur 26 tahun tampil ke pentas memberanikan diri melontarkan suara demi menjulang nama Jabatan kami, BAHAGIAN SUMBER MANUSIA. Pada 17 Feb 2012, hari Jumaat lalu,..telah berlansung pertandingan nasyid Wanita anjuran Kelab Pewaris di Perpustakaan UPSI.

Undi punye undi,..dapatlah kami giliran kedua untuk menyampaikan lagu nasyid kami yang bertajuk Sinopsis Wanita Solehah. Yang bertanding pon tiga kumpulan je,..kompem sume dapat tempat. Memang tema tuk nasyid ni pasal wanita solehah,..dh berbulan lamanye dok buat lirik lagu,...ape yang terlintas tula yang ku tulis,..hihi,..janji maksudnye sampai kan,..

tu dia,..kumpulan pertama, kumpulan Al Hidayah dari Perpustakaan,..memang best!! patutla menang ,...

then,..kami lak seramai 7 org yg pd saat akhir hmpr tinggal 6 tau,...nasib jd 7 gk,...naik ats pentas yang sama.

lawa tak jubah kami ni,..pye feeling tu ahli kumpulan An Nisa,...sampai tk leh nk senyum,..patut kami dpt no 2 je,..hihih,...cam tau2 je sesuai dgn no giliran kami td,..pe pon rasa dh bt sehabis baik tu,...

dan yang ni pemenang tempat ketiga. 4 orang je.sweet, sedap gk,..de sore dewasa, kekanak, remaja,....kumpulan Mujahadah.menang dapat rm100.okla divide 4 org, masyuk gk,..huhu

Mungkin akan datang de pembaharuan dari segi komitmen para peserta dari Jabatan lain lak.lagi ramai yang sertai lagi meriah,...rasa hebat cabarannye.

 Ni lagu kumpulan inteam...

SINOPSIS WANITA SOLEHAH

Sebalik hijabmu, terpancar kasih
Yang tiada tandingnya, bersinar indah
Kau umpama hiasan duniawi
Mengharapkan keredhaan ilahi

Tercipta wanita, dari rusuk lelaki
Martabat dijunjung dan dilindung
Lemah lembut berhikmah berbicara
Mahligai Syurga yang kau dambakan

Wanita adalah tiang Negara
Tunggak kepada agama dan bangsa
Engkau tetap yakin teguh berdiri
Perjuangan yang tiada sudahnya

Kau digelar penyeri dunia
Onak duri bersama suami
Membuai anak alunan Zikrullah
Pengorbanan, Keikhlasan
Oh, hanya padaMu

Kau ibarat permata berharga
Siangmu penuh urusan duniawi
Malam menjelang kau perhambakan
Kepada Allah, Rabbul Izzati

Memuji Ilahi, bibirmu berzikir
Mengadap yang Esa
Bertasbih dan bertahmid
Mengingati Allah
Agar hidup ini
Aman sejahtera
Di dunia dan akhirat

Betapa sucinya
Kasihmu Tuhan
Betapa Agungnya kebesaranMu
Sesungguhnya wanita yang solehah
Menjadikan tunjang perjuangan Syuhada

tula lirik yang berjaya aku pikirkan,..hihi,...sesape nk try nyanyi, nyanyila versi lagu inteam - Kalimah Cinta

TAHNIAH buat Penasyid Wanita Bahagian Sumber Manusia...

No comments:

Post a Comment