Thursday, March 14, 2013

Shaklee – Penyusuan Susuibu terbaik


Penyusuan susu ibu telah dijadikan Allah swt, sebagai suatu perkara yang wajib dilaksanakan oleh setiap ibu yang melahirkan anak. Ketetapan tentang kewajipan ini telah di sebut oleh Allah swt melalui firmannya di dalam surah Al Baqarah, ayat ke 233:

Para ibu hendaklah menyusui anak anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. (surah Al Baqarah ayat 233)

Kelebihan dan fadhilat menyusukan anak

1. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

2. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun) dan beramal soleh tidak melangar perintah Allah dan taat kepada suaminya, maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

3. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

4. Susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk, InsyaAllah.

5. Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.

6. Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.

Subhanallah,…sayangnya Allah pada wanita bergelar Ibu.. Dalam menjayakan misi penyusuan susibu pasti ada perlbagai cabaran. Perlu sabar dan ikhtiar macam2. 


Syukur, umi dapat memenuhkan peti ais ni dengan stok susu umi untuk mujahidah umi ni. Ku pohon pada yang Esa, moga dipermudahkan menyusukan sikecil ini hingga 2 tahun seperti yang Kau firmankan.Amin..

No comments:

Post a Comment