Wednesday, February 5, 2014

Vitamin Keperluan atau kehendak

Vitamin merupakan makanan tambahan yang diperlukan oleh badan kita dek kekurangan nutrisi kerna faktor pemakanan yang sambil lewa kita hari ini.Kekurangan vitamin boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit dan komplikasi akan terjadi pada sistem tubuh.

Vitamin dan mineral adalah penting dalam melancarkan proses biokimia dalam tubuh kita bagi memastikan kesihatan sentiasa terjaga.Walau bagaimanapun, jangan sesekali abaikan pemakanan yang seimbang dan gaya hidup yang rajin exercise(ni tuk peringatan diri sendri).hehe

Info bersama tentang kepentingan Suplemen....................

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Supplement:

BILA SAYA AKAN MERASAI KESANNYA?

Sekiranya anda mengambil supplement sebagai merawat atau mengatasi masalah2 tertentu, berikan masa sekurang-kurangnya 1-3 bulan untuk melihat perubahan. Misalnya sekiranya anda mengidap elergi. Kesan pengambilan supplement bukan serta-merta seperti anda mengambil ubat (ubat biasanya berasaskan dadah yang bertindak segera). Supplement bertindak secara lembut dan perlahan-lahan ke atas badan anda.

BILA KEADAAN ATAU WAKTU YANG SESUAI UNTUK AMBIL SUPPLEMENT?

Jawapannya, semalam. Supplement bukan ubat yang kita ambil semasa sakit atau keadaan tertentu. Umpama menjaga sebuah kereta, kita menjaganya dari mula agar tidak berlaku kerosakan yang menelan belanja besar dan menyusahkan kita. Begitu juga dengan supplement. Pengambilan supplement terutama anti-oksidan adalan untuk menjaga tubuh badan kita dari terkena penyakit kronik yang semestinya menelan belanja yang besar untuk rawatan.

BOLEHKAH SAYA KEKAL SIHAT DENGAN SUPPLEMENT SAHAJA?

Ingatlah, supplement bukan pil ajaib. Kita tetap memerlukan makanan seimbang, bersenam, pengawalan diri dari tekanan, jauhi habit yang tidak baik dan rehat yang cukup untuk kekal sihat. Supplement adalah pelengkap dan penyokong kepada amalan gaya hidup sihat yang kita amalkan dan meningkatkan imuniti.

SIAPAKAH YANG PATUT SAYA JUMPA UNTUK DAPATKAN NASIHAT TENTANG SUPPLEMENT?

Berjumpalah dengan pengedar produk yang mahir tentang supplement, nutritionist, ahli farmasi, doktor atau yang mempunyai minat dan pengetahuan dalam bidang nutrisi (Ingat, bidang nutrisi dan medikal adalah sangat berbeza!). Jauhkan nasihat dari mereka yang tidak tahu apa-apa tentang supplement, atau penjual yang sekadar mahu untung menjual tanpa sebarang ilmu tentang supplement, atau mereka yang tidak pro-supplement.

SATU BOTOL SUPPLEMENT ADA BERATUS BIJI PIL, ADAKAH IA AKAN KEKAL ELOK?

Vitamin natural boleh bertahan selama lebih setahun selepas dibuka, atau apabila ia melepasi tarikh luput (yang mana tiba dahulu). Simpan vitamin di tempat sejuk dan gelap, seperti dalam laci atau almari kerana membiarkannya terdedah kepada udara, kepanasan dan cahaya matahari boleh merosakkannya.
Pengetahuan tentang supplement adalah penting, tatkala anda mengambilnya, kerana apa yang anda masukkan ke mulut menentukan masa depan kesihatan anda. Pastikan supplement yang anda ambil adalah dari sumber semulajadi.

credit * kak lyna


Jadi,..dah bace pasti paham kan,..fikir2kan,..dan jika inginkan vitamin,..boleh hubungi saya.Saya akan membantu anda..#sayajualshaklee#

sms/whatsupp 013-4665785

No comments:

Post a Comment