Wednesday, June 5, 2013

Cara Hidup Sihat Rasulullah saw

 
1. Bangun Subuh.
 
Rasulullah SAW selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum Subuh, melaksanakan solat sunah dan solat Fardhu, solat Subuh berjamaah.
Perkara ini memberi banyak hikmah antaranya ialah :
 
* Berlimpah pahala dari Allah.
* Kesegaran udara Subuh yang bagus untuk kesihatan misalnya untuk terapi penyakit TB.
* Memperkuatkan fikiran dan menyihatkan jiwa.

Dengan bangun pagi, fikiran dan perasaan juga biasanya lebih segar dan rileks. Bangun Subuh juga dapat mencegah stroke dan tekanan darah tinggi yang umumnya kerap terjadi pada waktu itu kerana sempit pembuluh darah. Di luar itu sebenarnya terkait asupan awal yang di terima tubuh, iaitu udara segar. 
 
Waktu Subuh adalah sangat baik kerana kaya oksigen dan relatifnya masih bersih tak dikotori unsur lain seperti asap kenderaan dan perindustrian. Udara yang baik tentu saja berguna untuk metabolisme tubuh dalam beraktiviti untuk sepanjang hari.

2. Minum Air Putih dan Madu
 
Nabi biasanya bersarapan dengan air putih dan sesudu madu. Dua unsur ini sangat luar biasa manfaatnya. Madu terkena; sebagai penyembuh dan air putih kaya akan mineral yang memenuhi keperluan tubuh akan cairan dan sebagai pencuci hati. Madu juga terkenal sebagai unsur yang dapat membersihkan usus dan mencegah radang.

3. Mencampur Minyak Zaitun
 
Semasa tengahari ke petang, Nabi juga biasa mencampurkan cuka, minyak zaitun dan roti. Kombinasi makanan ini ternyata dapat menguatkan tulang, mencegah penyakit angin ahmar serta menghancurkan kolesterol jahat dalam tubuh. pada musim dingin, makananan ini sangat baik menjaga kestabilan suhu tubuh.

4.AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN. 
 
Rasulullah SAW sentiasa rapi & bersih, setiap hari khamis atau Jumaát beliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi.

5.TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN. 
 
Sabda Rasulullah SAW: “Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan) “(Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu pembelajaran khusus bagi umat Islam dengan adanya Puasa di bulan Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan.

6. GEMAR BERJALAN KAKI. 
 
Rasulullah SAW selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, peluh akan mengalir, paru-paru terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.

7. TIDAK PEMARAH. 
 
Nasihat Rasulullah SAWullah: “Jangan Marah” diulangi sampai 3 kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad belaka, tetapi lebih jauh iaitu dilandaskan oleh kebersihan dan kesihatan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan marah:
* Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring.
* Membaca Ta ‘awwudz (A’udzubillahimina asy-syaithonirrojim), kerana marah itu dari Syaitan.
* Segeralah berwudhuk.

* solat 2 rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan Hati.


8. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA.
 
Sikap optimis akan memberikan kesan psikologi yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqamah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT.


9. TAK PERNAH IRI HATI.
 
Untuk menjaga kestabilan hati & kesihatan jiwa dan mental maka menjauhkansikap iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat. Kecuali untuk iri kepada 2 perkara:

* Iri kepada orang yang memiliki harta yang melimpah tapi tidak lokek untuk menafkahkan hartanya dijalan kebaikan.
* Iri kepada orang yang memiliki ilmu pengetahuan yang luas tapi tidak kedekut untuk mengajarkannya kepada orang lain siapa pun tanpa pilih kasih.


10. Makan Sayur di Malam Hari
 
Memakan sayuran di malam hari juga di lakukan Rasulullah SAW. Beberapa riwayat mengatakan, Rasulullah SAW selalu memakan al makki dan sanut (jenis sayuran).
 
Rasulullah SAW biasanya tidak langsung tidur setelah makan malam, melainkan beraktiviti terlebih dulu supaya makanan yang di makan masuk perut dengan cepat dan baik sehingga mudah di cerna, caranya juga boleh dengan solat sunat.
 
Sabda Rasullulah SAW :
 
Cairkan makanan kalian dengan berzikir kepada Allah swt dan solat, serta janganlah kalian terus tidur setelah makan kerana dapat membuat hati kalian menjadi keras (HR Abu Nu’aim dari Aisyah r.a)

Rasulullah SAW sering menyempatkan diri untuk berolahraga. Terkadang baginda berolahraga sambil bermain dengan anak anak dan cucu cucunya. Pernah juga Rasulullah SAW berlumba lari dengan isteri tercintanya Aisyah r.a.
Rasulullah SAW tidak menganjurkan umatnya untuk berjaga malam. Biasanya baginda tidur lebih awal supaya boleh bangun lebih pagi. Istirahat yang cukup diperlukan oleh tubuh kerana tidur termasuk hak tubuh. Terbukti apa yang dilakukan Nabi sangat baik kerana sesuai sesuai dengan ilmu biologi tubuh badan.Jadi kan tidak ada salahnya kita cuba mempraktikkan.
Semoga beberapa tips kesihatan ala Rasulullah SAWullah di atas dapat memberi manfaat kepada kita semua untuk hidup sihat.


Resdung..Shaklee penawar semulajadi


Apa itu RESDUNG
Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.

TANDA-TANDA RESDUNG
- Hidung selalu tersumbat
- Lendir dari hidung dan tekak
- Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan di antara mata
- Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
- Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
- Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya
PUNCA RESDUNG
1 . ALAHAN
 - Terhadap jenis makanan tertentu , habuk , parasit (demodex) dan kutu.
- Apabila kawan-kawan  mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak.  Seterusnya ia menyebabkan pergerakan udara tidak dapat dikeluarkan.  Kalau udara itu tidak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul dekat dalam tu.  Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak..  Kawan-kawan  yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya.
- Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung.  Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang "senget" tidak lurus (deviated nasal septum) , risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.
- Kerosakan atau sakit gigi di bahagian atas boleh menyebabkan resdung.  Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung.  hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus.  Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi ( dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.
- Disamping itu, kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit ini.
- Lebih parah lagi, resdung ini boleh merebak ke bahagian mata.  Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.  Tetapi, resdung tidaklah berjangkit kepada orang lain atau diwarisi oleh keturunan..
PETUA MENCEGAH RESDUNG
1) Elakkan daripada memelihara binatang berbulu di dalam rumah seperti kucing dan arnab
2) Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang
3) Ringankan tangan kawan-kawan untuk membersihkan carpet/permaidani.  Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti.
4) Kalau kawan-kawan nak mengemas rumah pakailah penutup hidung.
5)Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak.  Bagus juga amalkan sup panas.
6) Selalulah mencuci dan menjaga kebersihan muka kawan-kawan
7) Kalau kawan-kawan ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut, elakkan makan ok)

SET RESDUNG SHAKLEE :- ALFALFA/B COMPLEX/VITAMIN C

ALFALFA COMPLEX
- Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri
- Ia kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutama akibat dari ekzema, resdung, alergik dan gegata.
* Pesakit SLE tidak digalakkan ambil Alfalfa..

B COMPLEX
- B6 penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi badan
- Membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh
- Membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati
- Memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti-stress

VITAMIN C
- Bertindak sebagai anti-histamin tanpa perlu kita mengalami side effect dari pengambilan drugs anti histamin
- Menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh
- Membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol
- Meningkatkan fungsi T-Cell dan Macrophage (Fungsi sistem pertahanan badan, sel darah putih)
- Meningkatkan pertumbuhan tisu.



Jika berminat boleh hubungi saya 013-4665785 (SMS/Whatsupp) atau emelkan pada salma_faudzi@yahoo.com.. Sahabat2 jangan lupa untuk LIKE fanpage saya The Best Supplements

Tuesday, June 4, 2013

Cara Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri

Take note sume nie untuk tingkatkan kesuburan..

1. Panas vs Sejuk

Jangan terkejut sekiranya tindakan meletakkan laptop atas pangku sambil bekerja akan mengurangkan kualiti sperma bagi lelaki. Ini kerana sperma paling cepat berkembang di tempat yang dingin.
Selain daripada itu, mereka yang sering mengamalkan mandi dengan air yang dingin, lebih berkemampuan dalam meningkatkan tahap kesuburan diri lima kali lebih tinggi jika dibandingkan dengan mereka yang mandi dengan air panas.

2. Surirumah hebat

Menurut satu kajian oleh University North Carolina di Amerika Syarikat, wanita yang biasa melakukan kerja-kerja rumah seperti melakukan pembersihan rumah atau berkebun akan lebih cepat hamil. Ini berikutan proses ini dianggap dapat menghentikan penghasilan insulin yang dianggap membahayakan telur. Jadi, rajin-rajinlah ye menjadi surirumah yang hebat.

3. Rehat & Rawat

Ada kajian menunjukkan bahawa mereka yang tidak tertekan, melalui hidup yang tenang boleh dapat meningkatkan tahap kesuburan masing-masing. Menurut konsultan O&G Michael Dooley, stress dapat memberi sumbangan yang besar tehadap mengurangkan tahap kesuburan.

4. Pengambilan suplemen

Hasil penelitian oleh Royal Free Hospital, London menunjukkan bahawa wanita yang kondisi tubuhnya sihat juga akan mendapat tahap kesuburan yang juga baik. Melalui pengambilan asid folik, vitamin B12 dan selenium akan dapat membantu meningkatkan kesihatan serta kesuburan wanita. 

5. Katakan TIDAK pada rokok dan minuman keras.

Mereka yang merokok dan mengambil minum beralkohol akan menurunkan jumlah sperma dan meningkatkan sperma yang abnormal.

6. Kuruslah!

Berat badan yang ideal, tidak gemuk atau obes akan meningkatkan tahap kesuburan.

7. Pengambilan minyak ikan

Kandungan Omega 3 yang banyak terdapat dalam  minyak ikan dapat mengurangkan risiko keguguran dan meningkatkan kualiti sperma. Dan OmegaGuard Shaklee pastinya menjanjikan minyak ikan paling tulen di dunia, tanpa risiko bahan berbahaya hasil proses sulingan yang ketat.

8. Jauhi kafein

Kafein dapat mengurangkan tahap kesuburan anda. Jauhi kafein bilamana anda merancang untuk mendapatkan cahayamata idaman anda.

9. Perbanyakkan pengambilan air masak

Pakar kesuburan wanita Zita West mengatakan, "Jika Anda tidak minum cukup air, sistem reproduksi akan kehilangan tenaga yang diperlukan oleh organ vital."Air mineral akan melancarkan pengaliran darah ke otak dan memperkuat rahim.

10. Lakukan hubungan seks

Untuk mendapatkan anak, disarankan bagi pasangan melakukan hubungan seks terutama pada waktu subur. Kenali waktu subur anda dan beroperasilah

 
Mari kita ikhtiar dengan pengambilan set kesuburan Shaklee :



Salma binti Faudzi
Independent Distributor
013-4665785 (SMS/Whatsupp)
salma_faudzi@yahoo.com

Susu Ibu

Setelah para ibu mengalami proses bersalin,..Dengan izin Allah,..kita akan dikurniakan nikmat luar biasa iaitu pengeluaran cecair putih atau susu yang tersedia untuk anak yang baru dilahirkan,.Islam juga menuntut ibu-ibu untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun.Antara kelebihan yang boleh dikongsi : 




  • mudah


tak payah bawa extra snek, atau susu botol. lagipun susu ibu adalah ubat tidur yang paling baik untuk toddler.


  • 'ubat' tantrum


'toddler tantrum' nie kadang jadi nightmare bagi parents. sekejap dia happy, tiba-tiba mengamuk nak kan something. tahu tak apa yang boleh tenangkan dia, susu ibu lah.



  • tak perlu bantal busuk atau selimut busuk


biasanya anak-anak akan ada 'kawan baik' untuk dia ulit time nak tidur. tapi jika ibu masih susukan anak. dah tak perlu lagi dah 'kawan baik' yang kadang2 agak leceh untuk dibawa travel bersama.


  • alat pencegah alahan


tahukan susu ibu ada 1001 kebaikan yang boleh mencegah anak dari kene alahan. sebagai contoh alah kepada susu ibu. jadi teruskanlah menyusukan anak. kebaikan menyusukan bayi besar memang tak dapat disangkal.


  • nutrisi lengkap


tahukan kadang2 rasa nak berperang nak suap makanan pada anak. lebih2 lagi sayur. ada anak yang mahu nasi dengan sup kosong je. jadi tak lengkap nutrisi harian dia. dengan susu ibu, ibu tak perlu risau. sebab susu ibu lengkap dengan semua nutrisi.


  • 'speech development'


kebaikan menyusukan bayi besar juga bantu menguatkan gigi dan rahang. ini secara tak langsung menyumbang kepada perkembangan pertuturan anak.


  • halang dehidrasi semasa anak sakit


bagi anak yang sudah tak menyusu badan. dehidrasi kerana sakit adalah perkara yang mat ditakuti oleh parents. bayangkan anak jadi lemah, tolak segala jenis makanan, ulser naik di sekitar mulut. silap2 kene masuk hospital dan pasang IV. tapi bagi anak yang masih menyusu badan, jarang2 sekali mereka menolak menyusu. time sakit lah time mereka lebih suka 'menempel' pada ibu. susu ibu penawar segalanya.


  • ibu boleh kurus


kan menyusukan boleh membakar 5000 kal. jadi rugilah ibu berhenti menyusukan anak yang baru umur setahun. banyak lagi lemak degil yang boleh dibakar. tapi makan pun kenalah jaga juga.


  • melambatkan menstruasi


ini telah terbukti, jika terus menyusukan anak selepas 6 bulan. haid akan lambat datang. jadi secara tak langsung membantu perancangan keluarga. tak perlukan pil perancang dan sebagainya. hanya terus susukan anak.


  • bagus untuk alam sekitar


tiada pencemaran alam. jimat air. tak perlu membasuh botol, training cup dan sebagainya. dan sebagai bonus anak tak terdedah pada hormon yang tidak sihat yang ada dalam dairy produk.
credit : Love Susu Ibu

Mind set perlu simpan "susu ada"...memang ada,..jangan fikir susu tiada atau sedikit,..Jika hadapi masalah itu,..boleh usahakan dengan pengambilan vitamin Shaklee,.. Set Breastfeeding Shaklee.

Salma binti Faudzi
Independent Distributor
013-4665785 (SMS/Whatsapp)
salma_faudzi@yahoo.com


Tambah selera makan anak dengan Meal Shakes

Kanak-kanak bila menjangkau 2 tahun ke atas mule la hilang selera makan. Ada yang menghadapi masalah anak kurang berat badan dan sukar membuang air besar. Sebagai ibu pasti pening kepala untuk mencari penyelesaian.Hidangan yang lazat, dan berkhasiat serta mudah disediakan bagi mengatasi masalah tersebut ?? Jawapannya MEAL SHAKES..
•    Sarapan segera yang berkhasiat
•    Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
•    Hidangan segera untuk para atlet
•    Kudapan menarik pada bila-bila masa
•    Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium



Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.


Siapa yang sesuai mengambil Mealshake Shaklee ini?

  • Bayi bermula 1 tahun ke atas – sebagai multivitamin utk membantu pembesaran yang sihat dan kuat.
  • Kanak-kanak yang selalu sembelit
  • Kanak-Kanak yang kurang selera makan
  • Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan
  • Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang
  • Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil
  • Warga tua dan seisi keluarga


Kelebihan Meal Shakes Shaklee

  • membantu perkembangan minda dan IQ anak
  • menambah selera makan anak-anak
  • membantu masalah sembelit
  • mengatasi masalah selalu selsema dan asma
  • menambah berat badan bagi mereka yang terlampau kurus

Ibu-ibu diluar sana jangan lepaskan peluang memiliki Meal Shakes dengan pembelian 6 tin  akan mendapat percuma 1 tin Meal Shakes..Dapatkan harga promo yang mampu dimiliki dari saya..

Salma binti Faudzi
Independent Distributor
013-4665785 (SMS/whatsapp)
salma_faudzi@yahoo.com
LIKE : The Best Supplements

Rawatan penyakit gastrik

Gastrik menyelubungi anda..
Gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu
1.gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut)
2.ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).

Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis).

Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.

Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah,ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.

 
Lapisan mukosa yg menipis dan lemah menyebabkan perut menjadi luka dan wujudnya ulser perut

Ulser perut atau ulser peptic merupakan satu keadaan di mana selaput dalam perut mengalami luka. Selain perut, ulser juga boleh berlaku pada bahagian usus kecil (duodenal ulcer).




Pedih ulu hati terjadi apabila asid di dalam perut tertolak ke bahagian esofagus dan menyebabkan iritasi pada dinding esofagus. Biasanya ia terjadi setengah jam makan dan kesakitannya makin terasa apabila kita membongkok dan berbaring

pedih ulu hati bermaksud seseorang itu merasakan sensasi seperti terbakar atau rasa panas dan pedih di bhg dada ataupun di bhg tengah perut betul2 di bawah permukaan dada...pedih ulu hati selalunya dpt dirasakan naik dari dada ke leher, tekak dan juga rahang.

Jom atasi masalah gastrik dengan set Asas Shaklee :
Salma binti Faudzi
Independent Distributor
ID : 922186
013-4665785 (SMS/whatsapp)
salma_faudzi@yahoo.com

Like fanpage FB : The Best Supplements

Alfalfa - Mengandungi vitamin yang pelbagai


INFO ALFALFA

Alfalfa adalah tumbuhan yang jarang diperkatakan. Mungkin kerana ia bukan berasal dari negara kita. Alfalfa sebenarnya sejenis tumbuhan/herba yang sangat kaya dengan nutrisi. Khasiat Alfalfa sangat sesuai untuk simptom berikut:

Bengkak, sakit sendi, arthritis, ulser, penyakit perut, masalah kolon, sakit ulu hati, hernia, sembab air, tiada selera makan, bengkak buku lali dan kaki, sinus, alahan, hayfever, gout, bau badan, kaki busuk, nafas berbau, serta tujuan detoksifikasi.

Alfalfa adalah semulajadi, antihistamin, diuretik, membantu penghadaman , kaya dengan serat dan klorofil, kaya dengan mineral, baik untuk pesakit kencing manis, merendahkan kolestrol, dan anti-tumor dan anti-bakteria.


Vitamin yang terdapat dalam Alfalfa:

Vitamin A – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.

Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.

Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.

Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.

Vitamin K – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.

Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlu kanuntuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.

Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.

Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.

Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.

Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.

Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.

Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.

Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.