Thursday, October 4, 2012

Sebuah kehidupan

     Dulu aku student kolej. Perwatakan yang simple, janji menyenangkan semua orang. Belaja, belaja dan terus belaja sampai aku grad.Amat menyedihkan untuk tinggalkan dunia study ni bersama kawan2 yang aku sayang..Segalanya telah tertulis, telah teratur.. Sedar tak sedar,..kini aku telah memiliki sebuah keluarga yang dibina atas restu kedua keluarga kami. 
       Hari demi hari menjalani kehidupan sebagai permaisuri suami, membawa perot yang makin membesar, menjalankan tanggungjawab dipejabat,....mematangkan pemikiranku,...kini,...bayi yang dikandung telah bersua menikmati kehidupan dunia bersama umi dan walidnya,...

Al Amin, umi sayang kamu,..umi dah tak rasa sunyi sebab ada kamu. Bersedialah untuk menjadi seorang anak yang boleh menjadi harapan kami, pembimbing kepada adik2mu yang bakal tiba. Usia perkahwinan umi dan walid baru menginjak tahun ke-2. Rezeki makin melimpah. Sekali lagi aku dapat merasai detik mengandung anak kedua pula. Banyak cabaran dan ianya menyeronokkan. Tak sabar untuk menanti hari kelahirannya. Mudah2an kehadiran adik Al-Amin menyerikan lagi keluarga kita...Makin membesar keluarga ni. Bahagianya.......

" Ya Tuhan kami, berilah kami isteri kami, anak cucu kami semua menggembirakan hati dan jadikanlah kami sebagai ikutan orang-orang yang taqwa. "

Sucikanlah hati yang kotor

"Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah)

Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud:

"Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan." (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14)

Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya. Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud:

"Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Baqarah ayat 74)


Tanda-tanda hati mati Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

*Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

*Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan
  sunnah baginda.

*Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di
  dalamnya.

*Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas
  pemberian-Nya.

*Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

*Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk
  mendapatkannya.

*Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk 
  menjauhinya.

*Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak
  bersedia untuknya.

*Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan
  
  keaiban diri sendiri.

*Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, 
  tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu :

*Hubbul dunia (kasihkan dunia)
*Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
*Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada
  maksiat kepada Allah

Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu :
* Zuhud dengan dunia
* Zikrullah
* Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah


Sama-sama kita renungkan dalam usaha mengecapi kehidupan yang diredhai Allah swt. Dekatilah dirimu dengan amalan-amalan kebaikan dan menjauhi perkara yang mungkar.

Tuesday, July 31, 2012

Ana Uhibbuka Fillah Ya Akhi...

Alhamdulillah, umi telah kembali berblog. Lama sungguh kan...Selamat menikmati bulan yang penuh keberkatan, Ramadan Kareem. Hari ini dah memasuki 12 Ramadan, cepat masa berlalu.. Dikesempatan ini, umi nak share sedikit bingkisan hati seorang isteri kepada suami yang dicintai dipetik dari blog seorang sahabat. Sambil2 tu bolehla dengar dan hayati video dari 
albi nadak...

Adamku…

Kau sebenarnya imam dan aku makmummu kerana kau adalah ketua..jika kau benar,maka benarlah aku..jika kau lalai,maka lalailah aku..Wahai Adam,kau punyai kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu..Akalmu 9,nafsumu 1..akalku 1,nafsuku beribu-ribu..Oleh itu Adam, pimpinlah tanganku kerana aku sering dan lalai serta lupa..sering tergelincir ditolak dengan nafsu…

Namun…ringkas jawapanmu….

Hawaku..dengar…

Meski aku Adam..gagah pada luaran..adakalanya aku juga tewas dalam godaan..walau aku pemimpin khalifah bagimu..aku juga selalu tersungkur kalah akibat nafsu..nafsuku 1..akalku 9..namun 1 itu yang sering menjadikan aku di luar kawalan..kadangkala aku juga tewas dalam lautan duniawi..lemas dalam dunia sendiri..andai aku leka dan alpa..ingatkan aku untuk kembali pada-Nya kerana di sebalik seorang lelaki,berdirinya seorang wanita…

Tetapi Adamku…

Aku suka kalau kau mengimami solatku pada setiap waktu..akanku aminkan doamu agar kelak luas syurgaku..lebih aku suka kalau kau bangunkan aku bertahajjud bersamamu agar nanti di berkati Ya Rabbi..kenalkanlah aku pada majlis2 agama..ajarilah aku Yassin dan memahami Al-Quran..kau ajarlah aku mengalunkan kitab Allah di malam jumaat yang penuh barakah.khabarkanlah padaku tentang fardhu2 yang patut aku tahu..bimbinglah aku dengan amar ma’ruf dan nahi mungkar…

Aku suka dengar jawapanmu…

Hawaku yang Allah sayangi..

Walaupun aku durjana duniawi..aku juga impikan wanita solehah sebagai suri..justeru..ingatkan aku agar tingkatkan ibadah..kelak aku berkemampuan menjadi suami soleh..ingatkan aku supaya mengalunkan kalamullah agar dapat aku memandumu ke syurga..sedarkan aku mengejar keredhaan Ar-Rahman..agar hidup aku sentiasa aman..bangunkan aku bertahajjud bersamamu…agar kelak rahmat-Nya tiada tandingan untukku..aminkan bacaan doaku..moga nanti luas syurgamu..taat dan patuhilah aku..kelak solehah jadi milikmu…


Subhanallah...semoga aku dapat menjadi isteri solehah..
Asif ala kulli Hal....Ana Uhibbuka Fillah Ya Akhi.. Fadhli Safuan




Monday, April 30, 2012

Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yang ke 2....


Sayang, Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke - 2 pada hari yang terindah 30 April 2012.Genap pernikahan kita selama 2 tahun...Cinta yang terpahat tidak akan melebihi cintaku pada Ilahi serta tidak luput sampai bila-bila..kasih dan sayang akan terus sebati dalam rumahtangga yang telah direstui ini...Moga kekal bahagia hingga kita bertemu di Taman Syurga..
"Kelmarin telah memberikan pengalaman dalam setiap inci langkah kita, semalam adalah teladan dan pengajarannya,.. dan untuk menghadapi hari esok, jadikanlah kelmarin dan semalam itu sebagai pedoman dalam menerokai sebuah penghidupan....."

                                                                                                    -Madah Isterimu-

Love You so Much...

Sunday, April 22, 2012

Al Amin suke sangat membaca buku..

Jom layan video Al Amin yang khusyuk membaca buku...


 Rajin-rajin baca buku ye sayang..

Tuesday, April 3, 2012

GMJ - Aqsa Syarif UPSI

Jam 6.30 meluncurlah bas UPSI ke stadium Malawati Shah Alam. Tak sabar rasanye nak sampai. Tapi sebelum kami gerak,..sempat lg bergambo sebagai kenangan.

en somi tak de dlm pic ni coz dia yg amik gmbo,...hihi

Bila sampai ,hari dh gelap,..perot pon dh bernyanyi,...ajak hubby p makan dulu,...yang len pon bwk haluan memasing.janji hbis program kumpui blik dlm bus kami. Setel makan, trus msk stadium.ropenye udah stat awal,...tak apela,...macam2 persembahan ade,..nyanyi nye, sajaknya, ucapan nye, tarian Palestin nye dan lelain. teruja nye bila toleh kiri kanan , ramainye hampir 10,000 orang yang datang menjayakannye tnpa kira bangsa dan agama.

Memang best,...tengok live kan,..lagi rasa semangat tengok bendera Palestin berkibar sana sini...

Alhamdulillah kami sekeluarga dapat duk di level paling bawah.senang nk lepaskan anak umi ni jalan ke mana saja,...Amin pon sonok jer,..tk takut pon even lampu samar2 kan,..

Aksi mujahid umi walid

 Amin dh macam artis lak..penuh gambo die jer dalam kamera para ikhwah akhowat..

Konsert hbis dalam kul 12 lebih gitu...Amin lansung tk nk tido,..betol2 bersemangat.. Ni la kenangan kami bertiga di Stadium Malawati Shah Alam sempena Global March to Jerusalem. 

Yang kat bawah ni b4 dapat anak..........................

 Sweet kan,..masa nie baru kawin..baru balik honeymoon kt Langkawi.then trus pegi Perhimpunan Perdana Palestin pada 08 Mei 2010 kat Stadium ni gak..teringat lak,...merah lagi inai kt jariku,..malunye,..

Suamiku selaku leader malam tu dok menunggu lak, ikhwah kami yang tk sampai2 lagi. akhowat sume dah dok dalam bas. kompem pas gerak bas, lentokla memasing..Amin pon dh berbunyi, meragam nak susu umi,... bergambo pon tk larat dh Amin..

Cian Al Amin...penat yer melontarkan suara
 " From the river to the sea, Palestine will be free"

Akhirnye Amin pon tido le dgn lena di pangkuan umi....dengan umi dan walid pon lentok sama,...penat tapi sonok sgt,..Kalau dapat Syahid bersama,...alhamdulillah,...

Monday, March 26, 2012

Global March to Jerusalem (GMJ) 30 Mac: Solidariti antarabangsa membela Palestin



Pada bulan Mac 1976, bermulalah titik hitam dalam kehidupan masyarakat Palestin apabila pihak Zionis merampas tanah swasta dan awam secara besar-besaran di kebanyakan kawasan di bumi Palestin. Rentetan daripada itu, rakyat Palestin mengisytiharkan mogok umum yang pertama kali dihadapi oleh Zionis sejak pendudukan Palestin pada tahun 1948. 
Zionis mula bertindak ganas dengan menakluki lebih banyak perkampungan Palestin, membunuh dan mencederakan ramai orang awam. 

Tarikh 30 Mac 2012 dipilih kerana ianya merupakan simbolik bagi hari yang bersejarah yang terpahat di memori masyarakat Palestin iaitu ‘Palestine Land Day’. Tarikh 30 Mac ini turut dijadikan sebagai acara tahunan antarabangsa yang melibatkan masyarakat di seluruh dunia untuk menunjukkan perpaduan kita dengan masyarakat Palestin dan untuk melindungi Baitulmaqdis sebagai kota suci.

Oleh itu, Global March to Jerusalem (GMJ) adalah perjuangan antarabangsa menuntut kebebasan untuk Baitulmaqdis dan masyarakat Palestin di samping bertekad untuk mengakhiri dasar Aparteid dan polisi pembersihan etnik yang memberi kesan mendalam terhadap rakyat, tanah jajahan dan kesucian Kota Baitulmaqdis yang mana merupakan satu jenayah bukan sahaja terhadap rakyat 

Palestin, bahkan terhadap semua masyarakat di seluruh dunia.
Sehubungan dengan itu, satu perarakan keamanan akan dianjurkan secara besar-besaran di beberapa buah benua seperti benua Asia, Afrika, Eropah, Amerika dan Australasia untuk bergerak menuju ke Pa lestin and beberapa negara jiran seperti Jordan, Mesir, Syria dan Lebanon.

Setelah tiba di Palestin pada 30 Mac nanti, perarakan secara aman akan bergerak pula menuju ke Baitulmaqdis atau titik kawasan yang terdekat dengannya. Pada tarikh yang sama, demonstrasi secara aman akan diadakan di hadapan kedutaan Israel di pelbagai ibu negara yang terpilih dan seterusnya akan berlanjutan secara besar-besaran di dataran utama di bandar-bandar besar di dunia seperti Dataran Tahrir, Mesir.

Di Malaysia, Malaysia Global March to Jerusalem (myGMJ) ditubuhkan untuk menerajui sebuah gabungan NGO Malaysia tidak mengira agama, bangsa dan politik untuk menganjurkan sebuah aktiviti kebangsaan serta mengambil bahagian dalam aktiviti GMJ antarabangsa.

Seluruh warga Malaysia daripada semua lapisan masyarakat diajak untuk bersama-sama berganding bahu dalam menjayakan amalan yang mulia ini. Semua tokoh negara, ahli politik, selebriti, tokoh-tokoh hak asasi manusia dan penerbit filem dijemput untuk bersama-sama menyokong aktiviti myGMJ ini.

Beberapa aktiviti telah dijalankan di beberapa tempat dan terdapat juga aktiviti-aktiviti yang masih dalam perancangan dan akan menyusul seiring dengan acara kemuncak GMJ yang akan berlangsung pada 30 Mac 2012 nanti.

Antara aktiviti yang telah dan akan dijalankan ialah kempen kesedaran di sekolah-sekolah dan institut pengajian tinggi, menghantar wakil dari myGMJ untuk menyertai perarakan global di Beirut, konvoi bermotor myGMJ dan flashmob myGMJ di beberapa tempat awam yang terpilih.
Selain itu, kemuncak acara myGMJ akan diadakan pada 30 Mac 2012 di Stadium Malawati Shah Alam untuk diselarikan dengan perarakan lain di seluruh dunia dan konvoi motosikal berkuasa besar (Superbike) yang membawa 131 bendera negara yang mengiktiraf negara Palestin yang akan berkumpul di satu tempat awam berlatarbelakangkan Baitulmaqdis, 
Masjid Al-Aqsa dan Gereja Nativity.

Sebagai rakyat Malaysia, anda boleh sertai myGMJ atau mana-mana badan yang bersama-sama menganjurkan aktiviti-aktiviti seperti ini. Selain itu, anda boleh menghebahkan mengenai aktiviti myGMJ kepada rakan-rakan di sekeliling anda di samping memboikot apa sahaja yang ada kaitan dengan Israel seperti memboikot barangan, pelancongan, kebudayaan dan acara-acara sukan.

Jom hadir pada Jumaat 30 Mac ini di Stadium Malawati Shah Alam sebagai tanda solidariti antarabangsa membela Palestin di seluruh dunia. Perjuangan membela Palestin adalah perjuangan bersama. Ayuh, sama-sama kita jayakannya!

~ Sumber dari http://ikram.org.my/v2