Friday, June 28, 2013

Kulit Cantik dan mulus Collagen Powder




Untuk mendapatkan kesan yang menakjubkan perlulah pengambilan Collagen Powder Shaklee secara berturut-turut selama 8 minggu..Kesannya sangat luar biasa.Ia nya dihasilkan daripada sisik ikan merah.

Shaklee RSS (red snapper scale @ sisik ikan merah) telah menjalani ujian klinikal dan telah terbukti mampu menghilangkan kedutan halus dan kasar juga membaiki tekstur kulit muka. Pengambilan Collagen Powder Shaklee selama 8 minggu akan menjadikan kulit menjadi lebih baik secara total atau menyeluruh. Hanya perlu 4 kotak untuk hasil yang menakjubkan. Bukan hanya kulit di sekitar muka yang menjadi lebih baik, malahan perubahan ketara akan dirasai pada seluruh badan.

Keberkesanan Collagen Powder Shaklee Terbukti dapat:
  • meningkatkan kelembapan kulit hingga 90%
  • mengurangkan kekasaran dan kekeringan hingga 75%
  • meningkatkan dalam penampilan keseluruhan hingga 71%
  • meningkatkan kelembutan dan kelicinan hingga 69%
  • meningkatkan pemakaian kekal mekap hingga 60%
  • meningkatkan keanjalan, ketegangan dan elastisiti hingga 55%
  • meningkatkan keserian, tona dan warna kulit hingga 50%
  • mengurangkan garis halus dan kedutan hingga 18%
Shaklee RSS secara langsung akan memberikan kesan yang menakjubkan:
  • ANTI PENUAAN - mengurangkan liang pori-pori, kedutan dan garis-garis halus yang kelihatan
  • MENGHIDRAT - melembapkan kulit bagi mengurangi rasa keringdan berkupas pada muka
  • MENGEMBALIKAN KEANJALAN KULIT - meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan
  • MELICINKAN - meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit
  • MENYUBUR - menggalakkan kuku yang kuat, rambut yang tebal dan bersinar
  • MENCERAH - mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit
  • MENEGANG - membantu menegangkan dan menganjalkan payudara
~ membantu menyokong kesihatan sendi-sendi dan menguatkan tulang. 
~ membantu mengekalkan otot di dalam mata supaya lembut. 

Jika berminat boleh hubungi saya 013-4665785 (SMS/Whatsupp) atau emelkan pada salma_faudzi@yahoo.com.. Sahabat2 jangan lupa untuk LIKE fanpage saya The Best Supplements

Thursday, June 27, 2013

Tip untuk mendapatkan zuriat - Shaklee

Setelah berumahtangga pasti menanti untuk melahirkan zuriat sendiri,..Ada yang cepat ada yang lambat,..semuanya dengan ketentuan Ilahi,..Namun,..jangan lupa untuk berusaha pada jalan Allah,..Mari bersama saya kongsikan amalan yang terbaik bagi memudahkan rahim yang kosong diisi dengan janin dari darah daging kita...

Amalan pertama.
  • Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
  • Baca Bismillah 1 kali
  • Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
  • Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
  • Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
  • Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali
  • Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.
Amalan kedua
  • Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
  • Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
  • Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
  • Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
  • Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya


    Berdoalah kepada yang Maha Esa,..Jangan mudah jemu dan mengalah,...

    Di samping itu,..kita ikhtiarkan dengan pengambilan vitamin kesuburan yang tidak mendatangkan mudarat. Set Kesuburan Shaklee :


    Vitamin E & Selenium
    Terkenal sebagai "vitamin seks". Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.


    B-Complex
    Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural.

    Zinc Complex
    Bagi kaum lelaki, zinc merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.
    GLA Complex
    Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)". Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).


    Untuk Suami

    Vita E & zinc - 1 biji sehari.

    Untuk Isteri
    B-comp - 1 biji setiap hari

    GLA - diambil dari hari pertama period dan stop sehari sebelum hari subur.cthnya, isteri subur hari ke 14... makan GLA dari hari 1 hingga 13.Hari 14 tak perlu makan sebab pengovulan berlaku..so vitamin yang lain bole teruskan pengambilan seperti biasa


    Jika berminat boleh hubungi saya 013-4665785 (SMS/Whatsupp) atau emelkan pada salma_faudzi@yahoo.com.. Sahabat2 jangan lupa untuk LIKE fanpage saya The Best Supplements

Kenapa pakai tudung labuh?

“Awak ambik kos pendidikan Islam...”

“tak…”

“Habistu??? Aaaa...mesti ambik kos bahasa arab kan…”

“Tak juga, saya program sains la…”

“saya ingatkan ustazah tadi…”

Hmmm... soalan-soalan sebegini selalu diajukan pada mereka yang bertudung labuh… Asal tudung labuh je ingat ustazah, asal pakai tudung labuh je orang ingat pelajar jurusan agama…

Haishhh… ana bukan ustazah, bukan juga anak ustaz..
ana bertudung labuh sebab ana seorang muslimah!!!
Iye betul biasanya ustazah yang pakai tudung labuh… Tapi tak salahkan ana memakai tudung labuh...

Sebagaimana firmannya :
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)

Ada juga yang menyangka bila seseorang itu bertudung labuh, bermakna alimnya seorang wanita. Hakikatnya tak semua yang bertudung labuh sarat dengan ilmu-ilmu ukhrawi.

"Dahtu kenapa bertudung labuh?"

Awak… Islam menyarankan muslimah untuk bertudung labuh kerana penuh dengan hikmah. Ia bukan sekadar menutupi aurat, tetapi juga melindungi diri. Tudung itu sendiri bisa mendidik si pemakainya…

“Eh tudung pun boleh jadi cikgu???”

Boleh dikatakan begitu… cuba anta wa anti bayangkan, agak-agak ada ke wanita bertudung labuh pergi berpesta, pegi disco? Ya kalau ada pun cuma segelintir yang tak tahu malu… Bila bertudung labuh akan lebih menjaga akhlak, yela… takkan yang bertudung labuh nak terlompat-lompat, terkinja-kinja tengok konsert, menjerit-jerit macam kena hysteria… kan kalau perangai tak jaga, nanti orang mengata, harap je pakai tudung labuh tapi perangai…
Nauzubillah…

Bila jenjalan kat mana-mana jarang lelaki yang berani tegur lebih-lebih, paling tidak pun mereka bagi salam…

“Assalamu’alaikum ustazah… tak jawab dose taw”

Tengok, yang nakal pun tiba-tiba jadi budak baik. Sudah menjadi fitrah, lelaki kan tertarik pada wanita, dengan susuk tubuhnya yang menggoda, jalan lenggang-lenggok, apatah lagi yang lemah imannya. Kadang-kadang lelaki tertarik mendekati wanita bertudung labuh kerana keindahan akhlaknya. Jadi mereka rasakan mereka perlu berubah tetapi dalam masa yang sama mereka ingin mendampingi wanita yang bertudung labuh yang mungkin boleh membantu mereka dengan ilmu yang wanita itu ada.

“Awak… saya nak berubah jadi budak baik, boleh tak awak awak bimbing saya?”

“Kenapa saya”

Sebab saya tengok awak alim je”

“Kenapa??? Sebab saya pakai tudung labuh???"

Awak lelaki kalau benar-benar mahu berubah, awak seharusnya cari yang sama jantina dengan awak. Kerana itu lebih terjaga dan jauh dari fitnah. Ramai lagi lelaki yang jauh lebih alim dari saya…

Iye walaupun saya bertudung labuh, tapi belum tentu ilmu setinggi langit. Bukan saya kedekut ilmu, sombong. Setakat ilmu yang ada bolehla kita share kerana ilmu itu bila saya beri ia makin bertambah. Saya juga masih berusaha mencari sebanyak ilmu yang mungkin. Kerana hanya dengan ilmu mampu mengubah seseorang membawa keluar dari kotak kejahilan. Kerana ilmu itu cahaya, penunjuk jalan. Apatah lagi ilmu yang diamalkan, pasti terpancar nur dari dalam hati. Saya juga perlu dibimbing dan tudung labuh ini bukanlah suatu lambang ketinggian ilmu seseorang. Cuma saya cuba jadi yang terbaik, apa yang saya mampu lakukan, saya kan cuba sedaya upaya mengamalkannya kerana indahnya hidup bersyariat.

Dan tak bermakna yang tudung singkat itu sedikit ilmunya, cuma mungkin masih belum tergerak hatinya untuk berubah kepada yang lebih baik, sama-sama kita doakan..insyaAllah.
sekian..................... ;D

*Semoga Allah memberikan kita keimanan yang teguh dalam menjalani hidup yang penuh dengan cabaran di akhir zaman ini. Iman ada naik dan turunnya. Dan itulah yang kita risaukan, apa yang terjadi pada kita saat iman kita lemah.. Nau'zubillah...

*Teruskan berdoa kepada pencipta kita yang satu, ALLAH SWT...
Sesungguhnya doa itu senjata Mukmin.
 
 

Hidup ini tidak semudah yang kita janjikan..

Permata Buat Isteri - Kopratasa

Telah kusiapkan
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi
Sebagai isteri

Untuk kau penuhi dengan kemuliaan
Seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri...
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku


Aku seorang isteri....

Penapis air Shaklee - Get Clean® Water Pitcher


MEMPERKENALKAN GET CLEAN®  WATER
Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multi-paten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

Air yang lebih bersih dan sihat ataupun bumi yang lebih bersih dah sihat
Sudah tentu kita boleh menikmati semuanya!

Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!
• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama

Pilihan Bijak!
• Hanya beberapa sen bagi seliter air
• Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
• Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik
• Ringan dan mudah dibawa
• Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak

KEISTIMEWAAN SHAKLEE

SELAMAT: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain
Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos
Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.

HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa
Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

MESRA ALAM:
Memelihara alam sekitar

Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.


JOM ORDER SEKARANG!!!
Penapis yang mampu dimiliki dengan sistem penurasan yg terbaik..mudah dibawa kemana saja dan air yang rasa lebih sedap....

Jika berminat boleh hubungi saya 013-4665785 (SMS/Whatsupp) atau emelkan pada salma_faudzi@yahoo.com.. Sahabat2 jangan lupa untuk LIKE fanpage saya The Best Supplements

Wednesday, June 26, 2013

Kurus secara semulajadi

Wanita diluar sana,.pastinya ingin kurus...bile kurus pasti orang lain tertanya2 kenapa lepas bersalin badan tak naik?...perlu ke kalu tak makan nasi, lansung....oh TIDAK..memadai mencuba set kurus shaklee yang ramuannya secara semulajadi tanpa bahan kimia,..In syaa allah pasti kurus jika konsisten dengan pengambilan vitamin shaklee ni dan perlu juga melakukan senaman.Bagi ibu yang mempunyai anak yang berderet,..hihih kompem 'senaman' hari2,..dr pagi tk renti2 buat kerja kn,...Soal makan perlu kawal juga dari segi pengmabilan yang memudaratkan kesihatan..

Set Kurus Shaklee

Bertindak mealui 3 cara :
  1. Detox
  2. Bakar atau pecahkan lemak
  3. Bina otot dan tingkatkan metabolisma

Detox
  • Herblax - kombinasi dari tumbuhan herba yang terkenal secara tradisional membantu masalah tidak hadam dan pergerakan usus yang tidak sihat. Diperlukan untuk detox iaitu untuk membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru la badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. 
  • Alfafa -  bertindak sebagai fiber yang membawa keluar lemak-lemak yang sudah dipecahkan oleh Lecithin dan Omega
Bakar atau pecahkan lemak
  • Lecithin - diekstrak dari soya tanpa penggunaan bahan pewarna, pemanis atau pengawet. Membantu proses memecahkan lemak dalam tubuh. 
  • Omega Guard - membantu proses memecahkan lemak dan membantu mengawal selera makan
Membina otot dan tingkatkan metabolisma
  • Cinch Shake - didatangkan dalam perasa coklat, vanilla dan cafe latte. Protein soya membantu rasa kenyang, meningkatkan metabolisme badan serta mengandungi Leucine untuk membantu mengekalkan otot semasa proses penurunan berat badan, supaya badan anda tak menggeleber setelah berat badan turun nanti. 
  • ESP - sumber protein, mempunyai Indeks Glisemik yang rendah yang membantu dalam proses mengurangkan berat badan

Pilihan ditangan anda,.. dari yang budget sehinggalah yang advance..

HERBLAX + ALFALFA +LECITHIN

HERBLAX + ALFALFA +LECITHIN +OMEGA GUARD

HERBLAX + ALFALFA +LECITHIN +OMEGA GUARD +ESP + CINCH


Jika berminat boleh hubungi saya 013-4665785 (SMS/Whatsupp) atau emelkan pada salma_faudzi@yahoo.com.. Sahabat2 jangan lupa untuk LIKE fanpage saya The Best Supplements

Wednesday, June 5, 2013

Doa untuk anak yang lambat bercakap

Assalamualaikum ..hari ni umi nak kongsikan doa untuk melembutkan lidah anak-anak yang lambat bercakap. Boleh amalkan membaca surah Toha ayat 25-28.

 
Terjemahan

"Wahai Tuhanku! Lapangkanlah dadaku. Dan mudahkanlah bagiku urusanku. Dan bukakanlah simpulan dari lidahku. (Supaya) mereka memahami perkataanku.

Caranya : Bacakan dan hembus pada mulut anak. 


Umi pun dalam usaha amalkan doa ni,..risau,..anak umi Al Amin dah 2 tahun 4 bulan  belum banyak cakapnye,..baru pandai cakap "apa tu", "air", "abah","atik"- adik..erm ape lg ye,..

Mudah2n cepatla anak umi cakap dengan baik,..tak sabar sangat nak dengar Al Amin panggil Umi,..