Monday, June 20, 2011

Konvoi Pembebasan Palestin 2011

Awal pagi anak umi dh bgn  kul 4.30pg,..semangat palestin jugak Al Amin ni yer,...tanggal 21 mei 2011 kami tiga beranak p konvoi Pembebasan Palestin.dalam kul 5.30pg kami pn gerak la ke masjid wilayah,..berkumpul kt situ,..haha,..nila rope peserta palen mude,...

Mujahid Kecil,..

punyela ramai yang sertai nyer,...mujur Al Amin ok jer,..Konvoi ni anjuran Aqsa Syarif dengan kerjasama Viva Palestina Malaysia dari Masjid WP ke masjid Shah Alam dan kt bawah ni perutusan sempena Konvoi Pembebasan Palestin oleh Dr Hafidzi...


Perutusan Sempena Konvoi Pembebasan Palestin

Assalamualaikum Wrt Bth.
Tarikh 15 Mei adalah sejarah penting bagi seluruh warga dunia. Pada setiap tahun rakyat Palestin mengingati tarikh tersebut di mana mereka telah ditimpa satu tragedi yang tidak ada tolok bandingnya dalam sejarah kemanusiaan. Mereka diusir keluar dari tanah air mereka setelah ribuan rakyat Palestin dibunuh dengan kejam dan ratusan kampung dan pekan dimusnahkan oleh pengganas-pengganas Zionis. Adalah amat mendukacitakan apabila tragedi kemanusiaan yang dahsyat ini berlaku pada tahun yang sama di mana Deklarasi Hak Asasi Manusia disepakati dan menjadi sebahagian dari Piagam PBB. Sebaik sahaja deklarasi ini diluluskan, bangsa Palestin menjadi mangsa pelanggaran hak asasi yang pertama! Deklarasi hanya tinggal di atas kertas dan setelah 63 tahun pencabulan ke atas hak asasi rakyat Palestin masih berterusan.
Aqsa Syarif yang sentiasa merasakan penderitaan rakyat Palestin bahkan setiap saat sentiasa mencari jalan untuk membantu menghentikan penindasan, kezaliman dan pencabulan ke atas hak dan maruah rakyat Palestin tidak akan berdiam diri. Sebaliknya di atas rasa persaudaraan dan rasa kemanusiaan yang dikongsi dengan seluruh warga dunia akan sama menangisi tragedi Nakbah yang merupakan titik hitam dalam sejarah manusia sejagat.
Untuk membuktikan rasa kebersamaan dalam memikul luka berpanjangan yang ditanggung oleh rakyat Palestin maka Aqsa Syarif menganjurkan aktiviti ‘KONVOI MEMBEBASKAN PALESTIN’. Aktiviti ini membuktikan komitmen Aqsa Syarif bersama warga Malaysia untuk terus menerajui kempen pembebasan bumi Palestin seperti yang digariskan dalam agenda nasional perjuangan rakyat Palestin iaitu penubuhan sebuah negara Palestin yang berdaulat dengan Baitul Maqdis sebagai ibu negara dan hak rakyat Palestin yang berlindung di kem-kem pelarian di timur tengah bahkan yang berada di seluruh dunia untuk pulang ke tanah air mereka. Konvoi ini secara simboliknya melambangkan aspirasi rakyat Palestin yang tidak pernah berputus asa untuk kembali ke tanah air mereka.
Bagi para peserta yang menyertai konvoi ini, Aqsa Syarif mengucapkan jutaan penghargaan di atas kebersamaan dan solidariti utuh yang dipamerkan. Konvoi ini adalah merupakan satu syiar (lambang) bahawa warga Malaysia tanpa mengira kaum dan agama akan sentiasa mendukong perjuangan pembebasan bumi Palestin dari cengkaman regim Zionis Israel. Konvoi ini adalah bukti bahawa warga Malaysia berganding bahu dengan seluruh masyarakat antarabangsa yang berdiri teguh di belakang perjuangan rakyat Palestin.
Sokongan yang dizahirkan di peringkat antarabangsa adalah bukti bahawa tidak ada kuasa yang boleh menghalang hasrat masyarakat antarabangsa untuk melihat hak rakyat Palestin ke atas tanah air mereka dikembalikan. Kuasa-kuasa besar dunia harus sedar dan insaf bahawa mereka tidak mungkin mempertahankan rejim haram Israel yang didirikan pada 15 Mei 1948 dengan cara-cara yang jijik dan keji untuk selamanya. Roda kehidupan akan berputar dan kezaliman yang ditimpakan ke atas rakyat Palestin akan berakhir. Israel hanya menunggu sata ajalnya tiba. Tanda-tanda bahawa Israel sedang berada di penghujung usianya semakin jelas apabila rejim-rejim Arab yang bersekongkol dengan Zionis ditumbangkan oleh rakyat mereka sendiri dalam tempoh yang amat sengkat.
Pada para peserta konvoi, Aqsa Syarif mendoakan agar anda semua mendapat keberkatan yang besar dari amal yang dilakukan. Setiap wang yang dibelanjakan akan menjadi rezeki yang dilipatgandakan. Bahan api yang menggerakkan kuasa kuda pelbagai kapasiti akan melonjakkan kualiti hidup di dunia dan akhirat. Setiap debu yang melekat pada tubuh badan, pakaian dan kenderaan akan menjadi saksi perjuangan pembebasan bumi Palestin.
Bersama Aqsa Syarif  ‘MEMPERKASA UMMAH, MEMBEBASKAN MASJID AL-AQSA’.

Dr Hafidzi Mohd Noor
Pemangku
Pengerusi Aqsa Syarif
bersempena 15 Mei 2011


 ni masa dengar taklimat ,..



 
sebelum berangkat sempatla kami bergambar sekeluarga,.. 
Semangat btl,..Takbir!!..Allahuakbar..

dan akhirnye anak umi ni keletihan,...siannye,..tk pe sayang,...berjihad kn,..tk boleh pnt2...kene biasa kn sayang,..

tido pon bersama mafla Palestin tau,..hahah (keje umi die la ni)


No comments:

Post a Comment